Thursday, May 14, 2009

Apa tajuk yang sesuai untuk cerita ini...

Pertama kali aku menggunakan telefon bimbit adalah sewaktu aku berumur 15 tahun, aku dipaksa untuk memiliki sabuah telefon bimbit kerana aku tinggal di asrama. Tujuannya memudahkan aku menghubungi keluarga di kampung. Tapi jarang sekali menelefon yang lebihnya berfoya-foya. Sewaktu itu model nya 3310. Hanya aku sorang saja yang memilikinya di asrama pada jam itu. Bukannya bangga tapi takot dicuri..tapi syukur tak pula kena rembat.

Dari waktu itu aku teringat model telefon pakcik aku sewaktu zaman pertengahan 90an. model telefon jam itu gabak-gabak. Boleh pengsan jika singgah dikepala. Siap ada briefcase lagi. Evolusi telefon bimbit berubah pantas sepantas larian Usian Bolt. Berdesup minggu ni model lain minggu depan dah ada yang lagi canggih. begitu pantas permintaan terhadap menatang ni.

Sekarang dah macam-macam fungsi, kamera 5 megapix pon ada, 3g wifi ntah hape ntah lagi fungsinya pon aku tak terkejor. Aku sendiri lembab dalam hal teknologi ni. Blog ini pon aku mintak kawan yang ajar.

Beberapa hari lepas aku temankan kawan yang ingin melihat telefon baru di pasaran. Aku pon pelik dah 2 telefon takkan mahu jadi 3. Aku pon melayan karenah dia. Sampai saja di kedai dia meminta model E71. Rupa paras tidak la cantik tetapi canggih ada GPS. disamping kamera dan wifi. Dah macam mini computer. Harga Seribu tiga ratus mata wang ringgit. Boleh tahan mahal nya. Dia mahu berbarter dengan tokey kedai, bincang punya bincang dia boleh mendapat model itu dengan harga 800 saja. Berbaloi juga dalam fikiran aku.

Di tepi-tepi kedai itu ada beberapa pelanggan berbangsa asing. Mata mereka memerhati setiap telefon di dalam bingkai kaca. mungkin sedang memasang impian. Ntah apa model nya pon aku tak terkira. Dari model E sampailah K berapa-berapa I bersepah telefon.

Bila agaknya pekerja-pekerja asing ini boleh merasai nikmat kesenangan. Nikmat kehidupan yang tidak memerlukan mereka berhempas pulas memerah tulang empat kerat. Muka hitam terbakar dek mentari, tangan berurat-urat dek mengangkat timbunan batu, Muka tua sebelum usia dek kerja berat.

lain pula dengan teman aku ni, hidupnya senang sekarang. 800 itu macam 80 sen atau mungkin 80 puluh ringgit. aku pula tidak lah begitu senang tetapi boleh la hidup. Pernah aku terdengar kata orang-orang kaya "Money makes the world go round". Aku setuju. Dirham Dollar Bath Rupee Rupiah semuanya berkuasa terhadap manusia. Tuan manusia adalah wang. Tanpa ringgit mana mungkin Othman Jailu sanggup meliwat dirinya sendiri, berpaling tadah menjadi taik. Tanpa Dinar mana mungkin juga Hee Yit Fong sanggup bertukar menjadi Puteri Hang li Po.Nah itu bukti kuasa wang.

Tapi jika aku seorang warga pakistan mana mungkin aku mampu membelanjakan wang 800 itu untuk telefon berwifi dan berGPS. Jika aku warga Pakistan aku akan menyimpan 800 itu untuk membeli gandum dan pakaian di musim sejuk. Jika aku warga pakistan aku rasa aku masih lagi menggunakan telefon model 3310 untuk menelefon teman dan keluarga di Karachi.

5 comments:

  1. rajin ko menulis pian. gagaga

    ReplyDelete
  2. Telefon bimbit aku hanya akan ditukar ganti bila dh betul2 rosak atau pun hilang.... Tak mcm ko Pian.. Trendy HP ko... slide gitu... hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. trendy habes zaheera..reti aku nak MMS gambar guna fon aku ni..

    ReplyDelete
  4. to zaheera:
    sgt trendy fon dye zaheera.
    rmy gile nak fon mcm dye tp xdpt dye dpt taw.

    syg nye dye kat fon tu smpai bluetooth xbole bkk lame nt kredit abes.
    hahahahahah

    ReplyDelete