Sunday, May 31, 2009

Mari Mengenal

Cukup lah hampir seminggu di penanti...penanti yang panas dan tidak pon hujan. Ada pon cuma beberapa ketika saja. Lepas tu panas ya tuhan....Tujuan aku ke sini adalah untuk menjadi pemantau pilihanraya sabuah badan bebas yang tidak dicengkam oleh mana-mana organisasi. NIEI namanya. atau nak lebih sedap National Institute for Electoral Integrity. Sebelum penamaan calon aku bergerak bersama saorang orang lama, orang nya tidak lah tinggi dan agak tembun. Lingkuan umur 50-an begitu.

Aku yang memandu ke penanti, di dalam perjalanan kami bersembang-sembang abgi menghilangkan rasa bosan dan cuba berkomunikasi. Maklumlah baru pertama kali bersua muka dan berbual. Aku sudah tahu serba sedikit tentang orang lama ini. Sejarah nya semenangnya amat bernilai dan tidak ada saorang rakyat di Malaysia yang se "otai" orang lama ini.

Di penanti keadaan tidak tegang. Ketiadaan Umno menyebabkan tiada aura yang selama ini ada. Jadi orang lama ini membawa aku bersiar-siar di Pulau Pinang. Aku yang suka berjalan ini tidak membantah lalu mengawal stereng ke kiri dan ke kanan.

Percaya atau tidak orang lama ini adalah bekas pejuang gerilya di lebanon. Pemergiannya di Lebanon sewaktu awal usia 20-an nya membuatkan aku rasa sangat kagum. Siapa yang di tentangnya sewaktu di Lebanon? Sudah pasti regim zionis israel dan tentera fasis arab. Ya tentera zionis Israel..coolll bukan...

Kita disini hanya mampu melaung kan slogan jahanam israel boycott israel dan bermacam-macam lagi kutukan sumpah seranah. tidak kiralah kita ini siapa pon. Ustaz ka imam ka mamak ka belia ka semua nya protes di jalanan dan berarak. Tapi tidak bagi orang lama ini. Dia mengangkat senjata AK-47 nya lalu menembak musuh. (apabila perang sajalah).

Umurnya panjang walaupon menghabiskan 5 tahun berjuang di sana. Selepas itu dia terus merantau mencari pengalaman (bukan jadi gerilya lagi). Serata pelusuk dunia. dari barat ke timur dari utara ke selatan.

Aku tidak berhak bercerita lebih-lebih disini.. aku sarankan untuk terus ke blog orang lama ini kerana dia ada bercerita tentang pengalamannya sewaktu mengangkat senjata. Mengikut kata orang lama ini dia sedang dalam proses untuk menerbitkan buku. Cadangan yang amat bijok sekali.

Walaupon bekas gerilya dia bukan lah saorang yang bengis, dia saorang yang suka makan makan dan makan. Dia saorang yang cool namanya Yunus b Lebai Ali, uknowsanasini.blogspot.com

1 comment: