Dari bangku sekolah kita di ajar menilai sesuatu yang buruk dan yang baik. Di dalam kelas cikgu berkata "Murid-murid sudah besar nanti kamu semua mahu jadi orang berguna atau tidak?.".Jawapan murid-muird 100 persen jawab mahu. Yang bongok duduk kat belakang pon jawab mahu. Tidak kira pandai atau tidak semua nya mahu jadi berguna.
Apabila sudah usia meningkat tua, kita sudah pandai menjawab. Apabila ditanya soalan yang sama kita akan menjawab dengan jawapan yang pelbagai. Tidak semestinya Mahu. Kerana apa, kerana kita sudah menimba pengalaman dan belajar sedikit demi sedikit. Kita tidak akan menurut 100 persen apa yang ditanya oleh si tukang tanya.
Selain itu kita sudah pandai menilai cantik buruk seseorang itu, murah mahal sesuatu barang itu, tertakluk pada budi bicara kita sendiri. Jawapan yang sama kerana kita menimba pengalaman dan belajar sedikit demi sedikit. Sudah tentu kita akan coba menawar semurah mungkin harga sepasang seluar jeans di bundle. Kita tidak akan terpengaruh dengan price tag yang dilekat pada bahagian bontot seluar.
Bab menilai ini tertakluk juga pada pegangan seseorang itu. semakin tinggi pendidikan nya semakin pandai ia menilai sesuatu. tapi jangan silap sangka, ada juga golongan yang belajar tinggi tinggi tetapi tidak pandai menilai. Ianya berbalik kepada pegangan dan prinsip manusia.
Aku bukan mahu bersyarah tentang pahala dosa neraka syurga. Tidak layak untuk aku berkata-kata tentang hukum hakam kerana tiada title di depan aku tertulis Haji atau dibelakang tertulis Al-Hafiz.
Tukar tiub pernah berkhutbah dan aku setuju dengan kata-katanya, Kita tidak boleh samakan perjuangan Ernesto Guevara di Cuba dengan perjuangan Thaksin di Thailand, Kita perlu menilai kenapa Che menentang Batista di Cuba dan kita perlu menilai hala tuju Thaksin di thailand.
Satu percobaan menilai untuk semua. Aishah Ghani berkata, pilihanraya di perak hanya membazir kan wang rakyat saja. pembubaran dun tidak perlu kerana kita berlunaskan undang-undang. Jadi mari kita nilai, adakah membazir wang jika kita mahu demokrasi ditegakkan?Adakah membazir masa rakyat jika melihat demokrasi dihidupkan?Adakah tidak membazir wang rakyat jika memberi rasuah kepada tokey-tokey besar?Adakah tidak membazir jika demokrasi itu tidak dihidupkan?
Saya tidak akan kata berdosa jika kamu memilih rasuah. Saya juga tidak akan berkata pahala jika menerima pilihanraya. Saya juga tidak berkata mengundi UMNO itu membawa ke neraka dan mengundi PR itu membawa ke jannah. Nilai lah sendiri.
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment