Saturday, May 16, 2009

Better Luck Next Time


Red Devils juara liga perdana Barclays untuk musim ini. Suka atau tidak hakikat ini perlu diterima oleh peminat liverpool, Chelsea dan Arsenal. Pujian harus diberikan kepada skuad Alex Ferguson dan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

Cuma satu saja lah sebagai peminat Arsenal aku kecewa kerana kempunan untuk mengangkat trofi. Nak buat macam mana sudah termaktub. Setidak-tidaknya pasukan muda ini kekal sebagai salah satu pasukan elit eropah.

Mazhab bola sepak ini sudah menjadi mazhab bagi semua agama dan scientology di dunia. Tidak kira Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Atheist semuanya menganut fahaman GOL. Ini satu perpaduan yang menarik yang mungkin boleh merealisaikan konsep 1 Malaysia.

Tahniah kepada semua penyokong pasukan masing-masing yang menolak segala bentuk fahaman kolot dan rasis demi laungan keramat GOL.

5 comments: