Ini kesah benar, Ini kesah sejarah, ini bukan satu cerita bohong yang direka oleh Razak Mohaideen atau Steven Spielberg. Cerita ini berlaku pada Mei 1970. Ya bulan Mei. Tragedi 13 Mei tapi bukan 13 Mei. Cerita ini meletus di Kemboja. Yang dahulu nya dihimpit perang Veitnam. Regim Khmer Rouge dan angkatan setannya.
Dek kerana perang yang gila ini angkatan media dari seluruh pelusuk dunia bertandang ke Phnom Penh. Amarika, Peranchis, Jepun dan macam-macam lagi negara menghantar wakil wartawan mereka. Dalam banyak-banyak wartawan ada seorang wartawan yang popular iaitu anak kepada aktor Hollywood Errol Flynn, Sean Flynn anaknya.
Si Flynn bersama teman kameranya Dana Stone adalah antara wartawan yang mula-mula hilang sewaktu mencari bahan berita. Tiada siapa yang tahu jasadnya dimana hingga hari ini. Kerana ingin tahu apa yang terjadi kepada Flynn dan Stone, 9 wartawan lain nekad untuk mencari mereka, ditambah pula dengan desakan pihak CBS yang mahukan bahan berita dari Kemboja.
Sama seperti Stone dan Flynn, pemergian mereka sia-sia. Mereka tidak dijumpai sehingga 20 tahun kemudian mayat mereka dijumpai di tanam berhampiran sebuah kuil. Atas desakan pihak atasan mereka mati sia-sia. Bahan cerita adalah cerita mereka mati di tangan Khmer Rouge.
Jika tidak kerana keberanian mereka cerita sejarah ini tidak dapat kita ketahui. Mungkin juga cerita ini menjadi cerita dongeng yang direka-reka untuk menakut-nakutkan orang lain. 9 wartawan ini mati kerana mahu dunia tahu perang itu busuk, perang itu hina, perang itu jijik.
Kita sebagai warga dunia wajib menentang segala bentuk, rupa, jenis dan bau perang itu. Tidak ada apa yang seronoknya dari melihat manusia mati dengan dada yang terlopong dengan tangan kaki yang berkecai..Tiada apa yang boleh membuatkan kita tersenyum dengan perang!
Thursday, May 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
omg.u are so cool.ko rase cik faezah tau x cerita nie? :)
ReplyDeleteapa kene mengena faizah dalam cerita aku ni?
ReplyDelete