Post ini tidak berniat sama sekali menyinggung perasaan peminat fanatik Man United di luar sana. Tidak sama sekali merendahkan martabat kelab gergasi ini. Semalam aku ke Kota Kuala Muda Kedah. Kota nelayan yang dirempuh badai tsunami 2006 dahulu. Keadaan sudah pulih senyuman masih manis seperti tiada apa yang pernah terjadi. Aku ke sini kerana diberitahu Mee Udang nya tip top!
Ya benar memang tip top. Mana tidaknya udang yang di hidang besar-besar belaka. aku melantak 2 kali kali dan bos aku sekali. Pemandangan di sini menarik ombak kuat menakutkan aku sebagai tetamu baru disini. Kampung ini pon telah dimajukan dengan kawasan perumhan baru. Lebih menarik ada tugu peringatan tsunami bagi mangsa-mangsa yang terlibat.
Ada juga yang lebih menarik..ada sebatang sungai disini yang namanya sungai DERHAKA..haha ironik sekali. Sedang heboh hal derhaka ada pula sungai derhaka. Entah apa dosa sungai ini pon tidak diketahui. Mungkin sungai ini dulu tidak mengalir sewaktu Sultan Kedah mahu bersiar-siar menaiki kapal..manalah tahu.kisah dongeng dahulu kala.
Bos aku kenal rapat dengan penduduk disini...dia dahulu pernah berbakti disini sewaktu badai tsunami. jadi tidak hairanlah dia kenal penduduk disini. Berbumbung kan pokok mertajam kami duduk berborak sambil minum teh. Inilah pertama kali aku bertemu pokok mertajam.
Mahu dijadikan cerita, setibanya aku disini kelihatan anak dara pak teh yang boleh tahan cun nya. putih berseri. Bos aku kenal rapat dengan pak teh ini. Anak dara nya pon semacam filem dahulu beralaskan tuala menutup rambutnya. FUUHH...Dia berpaling mengadap arah bertentangan sejurus dia perasan kedatangan kami. Macam filem melayu dolu-dolu...
Jika hasnol ada mungkin dia akan berkata "aku sudah jatuh cinta..dia lah teman hidup ku".
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kampung aku laa kota kuala muda.
ReplyDeletehahaha ;p
Oit pian ... hang keja apa la ni.. siapa boss hang? dok go around m;sia ngan boss hang ni....
ReplyDeleteJika hasnol ada mungkin dia akan berkata "aku sudah jatuh cinta..dialah teman hidupku"
ReplyDeleteto kalo hasnol kate.
klo kau pulak kate ape ha pongek?
tuka link.
ReplyDeletehttp://supernadyra.blogspot.com/
wah.bertemu gadis kampung.
ReplyDeleteindah,indah :P
aduh! aku sudah jatuh cinta dengan hanya membaca deskripsi yang kau berikan.. tolonglah mintak nombor talipon serta alamat rumah.
ReplyDeleteaku suka tajuk je.
ReplyDeleteyang menang epl sebenarnya adalah mee udang.
hahaha!
Tadi aku pergi lagi umh pak teh tapi sayang anak dara cun tu tiada entah menyorok di mana..oohh adakah ini jodoh kau hasnol.
ReplyDeletesatu lagi maaf ye kesalahan fakta..tsunami 2004.maaf..
ReplyDelete