Friday, May 29, 2009

Balai polis

Aku ke balai polis di Shah Alam kerana menemani sorang teman untuk membuat repot kehilangan barang, aku tidak pernah ke sana kerana tidak ada urusan lebih2 lagi untuk melihat suasana polis bekerja, untuk apa? Jadi inilah pertama kali aku melihat balai secara lebih dekat.

Aku diberitahu untuk ke cawangan perisikan ataupon investigative branch. Lebih kurang FBI dan CIA la diorang ni..laluan masuk ke cawangan risikan agak menakutkan..lorong belakang yang sunyi kelihatan banyak motor curi di humban ke situ, malah bangunannya agak usang. Aku menaiki tangga tingkat satu..laluan nya gelap semacam laluan kaki pow. Agaknya inilah atmosphera para perisik, dunia gelap dan kelam. Kalau cerah tak james bond la agaknya. Terpengaruh dengan cerita di TV agaknya PDRM ini.

Kelihatan beberapa pegawai perisik sedang berbual..strategi agaknya tak pon cerita tentang bagaimana mahu menjadi semacam Bond atau Horatio Caine dari CSI. Semua nya berpakaian preman ataupon plain cloth. Cuma kelihatan beberapa anggota sahaja ber unifrom biru gelap.

Pejabatnya kelihatan tidak cool. Tak ada hiasan ataupon warna warna menarik untuk membuat mata ini segar, asap rokok berkepol-kepol. Mesin cetaknya "old school" kerusinya kelihatan tua, anggotanya juga kelihatan tua tapi adalah pelapis muda. Pistol dipinggang gaya seorang perisik KGB. Gelang perak gengster wajib disarung, cincin batu besar sebesar bijik mata pon wajib dipakai. Barulah gaya cool dan ranggi.

Wajah perisik agaknya sudah dilatih menjadi serius. Jadi aku pon tidaklah terasa seperti ingin senyum kepada mereka, hanya pandangan serius. Saorang perisik muda berlagak seperti seorang perisik upahan FBI. Pistol automatik mesti wajib ada dan bercakap di telefon bimbit dengan nada yang kuat ditambah dengan carutan Jubor dan Burit bagi menambah perencah di dalam perbualan. Agaknya barulah mat risikan jika tak mencarut tak cool la. Dari dialek nya sahlah dia dari pantai timur.

Mesin cetaknya yang "old school" mengeluarkan bunyi yang amat menjengkelkan. Krettt Kreett Krett untuk mencetak sehalai kertas sahaja. Agak lama juga dan mungkin buatan tahun 1976. Sesudah merepot aku pon balik kesimpulannya, mungkin itu gaya mat-mat risik disini..gaya ranggi dan rock, mungkin juga mereka bekas ataupon pernah terlibat di dalam areana rock. Jadi itu lah yang menyebabkan mereka bengis dan serius.

Tapi kasihan la mereka peralatan pejabat dah tak up todate..semacam pejabat polis thun 1976. Mereka mungkin tidak tahu yang sekarang orang ramai sudah guna Telefon Bimbit untuk berinternet mereka hanya ada komputer cap acer tahun 1990. Alahai....

2 comments:

  1. aperlar...boss pakai komputer riba...anggota bawahan masih pakai mesin taip...berkongsilah kesejahteraan yg ada tu...

    tapi mesin taip sekolah lama kdg2 lebih berguna drpd komputer maju sekolah hari ini...

    tulisan kau mcm catatan james bond plak...ha.ha

    ReplyDelete
  2. pihak polis tak tahu yang para bloggers lagi ramai dari SB mereka..hahahaha..

    akulah james blog..haha

    ReplyDelete