Thursday, December 30, 2010

Buat saudara ku yang jauh

Kehadapan Saudara saudara sekalian,

Apa khabar agaknya kalian disana. Bagaimana dengan kehidupan baru yang penuh dengan magik. Saya disini di dapat menggambarkan bagaimanakah agaknya keadaan di sana. Tidak dapat sedikit pon saya disini dapat membayangkan sinar matari di belah sana. Saudara sekalian, apakah yang sedang kalian lakukan sekarang? Sungai sungai disana pastinya indah dan nyaman, ditambah pula dengan kehadiran bidadari dan air anggur yang lazat. Pastinya sedikit pon kalian tidak menyesal bukan.

Surat ini, tidaklah perlu saudara saudara sekalian balas. Saya hanya mahu bercerita tentang keadaan kami di sini. Keadaan yang masih lagi terumbang ambing. Adakalanya kami tersenyum riang dan ada masanya kami jatuh dari lamunan. Pastinya saudara saudara sekalian bingung. Keadaan masih tidak berubah dari dahulu hingga kini. Tidak apa, apa yang saya sampaikan ini adalah rintihan kecil kami. Hanya mahu berkongsi cerita.

Saudara,tidak banyak dari kami yang hidup mewah, ramai lagi daripada kami yang hidup melarat. Jangan salah sangka, saya bukan mengeluh dengan takdir. Tapi jika ada peluang sekecil habuk, tolonglah dibantu kami ini. Orang orang atasan semakin tamak dan haloba. Hari demi hari ada saja yang tidak kena.Ada saja yang perlu diubah. Perubahan itu tidak mendatangkan kebaikan pada kami haya menusahan kami. Kadang kala kami ingin saja berpindah ke sana dan tinggal bersama kalian.

Oh ya, sedikit jam lagi kami disini akan berubah tahun. Iya cepat benar masa berlalu. Benar seperti semalam kita baru berjumpa, kini kita telah terpisah. Saya tidak pasti apa yang bakal menanti pada tahun mendatang.Kejayaan atau kegagalan masih samar. Jika dilihat pada tahun ini, banyak bencana. Adakah saudara di sana mendapat tahu khabar berita kami yang disini? Jika ada pastinya saudara sekalian juga merasa simpati. Tapi seperti kalian juga pernah merasa perasaan yang sama bukan. Mungkin masa kalian sudah lepas dan tiba giliran kami merasanya.

Dunia kini semakin sibuk, perang demi perang bakal meletus, semuanya kerana wang. Seperti ianya tidak akan berhenti. Kami yang lemah ini tidak mampu melawan, hanay segelintir yang bangun. Saudara jangan menyalahkan golongan yang tidak bangun melawan, mungkin mereka ada sebab mereka sendiri. Saya sendiri tidak pasti. Semua nya seperti gila seperti nyawa itu murah dan dijual lelong.

Kepada saudara saudara yang dirindui, kami tidak dapat untuk menghantar surat begini selalu, tapi janganlah pula saudara beranggap kami semua sudah lupa dan tidak lagi merindui kalian. Kesibukan mengejar duniawi membuatkan ramai dari kami yang terlupa. Harapnya saudara sekalian memahami. Jika surat ini sampai ke tangan saudara saudara sekalian, simpanlah surat ini sebagai kenangan tulusabadi.

Akhir sekali, wahai saudara ku sekalian, jika berpeluang saudara sekalian, bertemu pencipta yang maha kuasa, kami yang hina disini, mengharapkan rahmat dari-Nya dan janganlah dibiarkan kami hidup sengasara. Sampai kan salam kami kepada saudara saudara yang lain yang gigih melawan dan meneruskan hidup hingga ajal datang menjemput. Saya harap benar surat ini sampai ke langit ke tujuh dna dapatlah kiranya saudara saudara yang lain membacanya.

Ingatan tulus ikhlas dari kami yang menanti hari. Saudara, pastinya kita ketemu di lain masa. Dan sempena akhir tahun ini, berkatilah kami.

3.00am, 31/12/2010, Beberapa jam sebelum alam baru

Thursday, December 16, 2010

The Band Perry

Jarang sekali aku nak bercakap pasal band tapi band ini menarik minat aku..
Band adik beradik Perry ini memang 'talented' dan penyanyi nya Kimberly Perry seorang penulis yang amat bijak dan mempunyai jiwa.



If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
oh oh oh oh

Lord make me a rainbow, I’ll shine down on my mother
She'll know I’m safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain't always what you think it ought to be, no
ain't even grey, but she buries her baby

The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time

If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time

And I’ll be wearing white when I come into your kingdom
I’m as green as the ring on my little cold finger
I’ve never known the lovin' of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand
There’s a boy here in town says he’ll love me forever
Who would have thought forever could be severed by

The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time

So put on your best boys and I’ll wear my pearls
What I never did is done

A penny for my thoughts, oh no I’ll sell them for a dollar
They're worth so much more after I’m a goner
And maybe then you’ll hear the words I been singin’
FUNNY WHEN YOU'RE DEAD HOW PEOPLE START LISTENING


If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
oh oh


The ballad of a dove
Go with peace and love
Gather up your tears, keep ‘em in your pocket
Save them for a time when your really gonna need 'em oh

The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time

So put on your best boys and I’ll wear my pearls

Tuesday, December 14, 2010

Keluar dari kota ini

Sang Jelita berbondong-bondong menghias kota, gemerlip lampu neon malap seketika,
Lalu mereka merobos ke kota hingar waktu malam baru terpasang,
Mata mata mereka yang biru sebiru batu lazuli,
Dipandang setiap hawa yang berlalu pergi,

Di kota hingar pada hari itu sama tidak pernah berubah,
Tidak berkelip mata si pelihat dan terus menjeling mereka yang menawan,
Waktu senja hari itu penuh sesak di kanan penuh bingar di kiri,
Adakah itu semua tanda hidup ini sedang dirayai?

Lampu kecil dan musik alpa bermain ligat
Sempit kota itu dengan tangan tangan yang terikat
Ruangan kota itu mula menjadi himpit dan berat
Adakah itu tanda dua hati sedang ingin bertaut rapat?

Entah apa impian yang sedang diimpi padahal hari belom pasti,
Hari itu masih muda dan muda itu penambah seri,
Apa yang pasti cerita ini tidak akan tamat disini,
Dimana mana ia suka berhenti,

Raikan sahaja hidup ini walaupon kau dan aku tahu ianya tak pasti,
Hiruk pikuk dunia jelas di depan mata yang bahagia entah sampai bila,
Yang kecewa hanya sementara hanya masa seteru utama

Sabtu, 11/12/10, Bukit Bintang Kota Bingit

Friday, December 10, 2010

Bulan Malap

Mungkin secangkir air anggur akan mengolah rasa derita
Mungkin juga secangkir anggur tidak menghilang rasa apa-apa
Rasa rindu kecewa tidak mungkin lenyap
Hawa gembira terhibur lenyap mungkin tiba tak tentu waktu

Burung malam bulan malap sambil merenung awan hitam
Terkenang perbuatan hilai tawa
Merenung angin malam hujung tahun
Harapan semua salah tidak terjadi

Untuk menyesal untuk kecewa sudah tiada guna
Rindukan senyuman kenyitan mata cerita yang duka
Kenangan cerita setiap saat datang tiba tiba
Rasa ingin sahaja hilang semua derita
Maaf tiada niat untuk semua

Mungkin secangkir air anggur dapat melupakan
Mungkin tidak dapat kerana esok masih kita lagi bernyawa
Meneguk dan terus meneguk, segala rasa setiap kata
Sambil ditemani burung malam dan bulan malap
Jalan cerita yang sentiasa bertukar wajah
Tapi rasa hati yang tidak pernah berubah

Tuesday, December 7, 2010

Tuhan juga cemburu

Utuh benar cinta kita sehingga tuhan juga cemburu.
Namun, perlukah kita dipisah sebegini rupa.
Seperti semalam semuanya, masih baru setiap rasa.
Segala rasa cinta mengabui hawa kecewa.

Sayang, bukankah tuhan yang mempertemukan kita.
Sayang, hati ini hancur luluh remuk dipijak ibarat jentolak.
Sayang, kini malamku tidak seperti dahulu.
Sayang, air mata ini yang bergenang dibawah bintang.

Apakan aku lakukan setelah kini segala berubah
Apakan daya melawan takdir yang Maha Esa
Apakan cerita kita ini disanjung pujangga
Apakan ia sebaris kisah cinta agung yang gagal

Senyuman mu, sentuhan mu, ucapan mu, gerak langkah mu, teguran mu, pelukan mu, akan aku kenang dan akan aku bawa bertemu kau pabila tiba waktunya kelak.

Ingin aku sampaikan surat ini untuk kau tahu rasa yang ada ini mustahil mereput. Rasa yang ada ini mustahil luput reput ibarat kayu yang menghempap dan kekal kukuh ke akhir nafas.

Sayang aku bangga kerana kisah cinta kita membuat tuhan berasa cemburu.

*Didedikasi kan khas untuk Puan Hayati Hussin. Balu kepada arwah Mohd Helmi Hussain yang bertemu ajal dalam kisah tragik hujung November lalu.

Monday, November 29, 2010

Tiada guna mengeluh

Aku masih merayau, cuaca begitu sejuk akibat selepas hujan. Aku pula tidak tahu jam berapa agaknya sekarang. Mungkin hampir jam 1 pagi. Kereta semakin kurang tetapi semuanya laju laju belaka. Tak tahan aku dengan kesejukan malam ini. Air ditepi jalan juga tak mahu aku minum. Sangat sejuk.
Aku tiada arah. Aku melulu berjalan kemana mana. Penat sememangnya penat tapi apa dayaku. Lampu merah bertukar hijau sekelip mata. Jika terlepas pandang mungkin aku akan dilanggar lari. Telah ramai kawan kawan aku mati akibat dilanggar kereta dan lori. Semua mereka hancur badannya. Isi perut terburai kadang kala mayat nya tidak diangkat dibiar hancur dimamah cuaca. Aku tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka. Biarlah aku mati dengan cara yang lebih aman.
Dari siang hingga ke malam aku merayau. Entah berapa jauh telah aku rentas. Bermacam macam telah aku elak. Siang nya pula panas bukan main. Kalau bab makan aku singgah sahaja mana mana restoran. Pasti ada yang baik hati memberi aku sedikit makanan. Aku tidak kisah dan aku juga tiada pilihan. Jika memilih makanan pastinya aku kebulur. Makan saja apa yang diberi.
Kadang kala terpaksa bergaduh. Sehingga berdarah darah tubuhku. Aku juga mengelak dari terjadinya pergaduhan. Tapi kadang kala harus juga mejadi tegas. Ada juga yang baik hati. Memberi aku ruang dan malah berkongsi makanan. Mungkin mereka sebahagian dari aku yang merantau entah kemana. Aku seronok berjumpa golongan seperti ini. Ada juga teman untuk berbual dan berkongsi rasa.
Hari ini, aku hanya makan di waktu petang. Puas aku merayau akhirnya berjumpa juga dengan kedai makan. Tuannya baik hati. Dia memberi aku nasi itik. Dengan lahapnya aku melantak. Nasib aku agak baik.
Tapi malam ini semakin sejuk. Katak tidak henti henti memanggil hutan. Basah kuyup aku petang tadi Nak berteduh tak sempat. Kilat pula berdentum dentam. Mujur aku tidak disambar. Bayangkan aku mati keras ditepi jalan sudah tentu mayat aku tidak dikutip.
Mujur setelah hampir sejam meredah hujan aku berjumpa dewan yang agak besar. Dewan itu kosong. Tiada penghuni ataupon penjaga. Sayang, bangunan sebesar ini ditinggal begitu sahaja. Membazir wang rakyat. Tapi aku peduli apa, aku tidak perlu membayar cukai. Jadi puas aku tidor sebelum azam maghrib memngejutkan aku. Cepat cepat aku beredar.
Entah dimana aku sekarang aku tidak pasti. Yang aku pasti aku berada dikawasan perumahan. Beberapa buah motosikal melepasi aku. Ada yang cuba menendang, namun tidak berani setelah aku mengertak mereka. Padan muka mereka.
Lampu lampu di kebanyakkan rumah juga telah padam. Tidor mungkin. Ada yang masih menyala dan juga ada yang duduk diluar rumah sambil menghisap rokok.
Untuk malam ini aku akan berteduh dibawah pokok ini. Harap ianya tidak berhantu. Jika ianya berhantu aku peduli apa. Aku boleh berlari kemana sahaja.
Esok entah mana pula akan aku jelajah. Kadang kala iri hati juga aku melihat mereka yang tinggal dirumah besar serta punyai tempat berteduh. Apa guna untuk aku mengeluh, sudah ditakdirkan begini nasib aku. Mungkin esok lusa aku akan pulang.
Pulang? Pulang kemana? Sampah seperti aku ini mahu pulang. Agaknya aku ini gemar berkhayal. Siapa yang mahu menerima aku pulang? Jangankan ke rumah kecil ke reban ayam belom tentu untuk aku.
Sudah sudah lah berkhayal, teruskan sahaja berjalan, basah dan sejuk harus dirempuh, panas terik terpaksa diharung. Lapar dahaga tahan sajalah.
Mengeluh tiada guna, harus terus kuat meneruskan hidup.

Wednesday, November 24, 2010

Letter to Elise

http://www.youtube.com/watch?v=-AUCSkHCrwY



Oh Elise it doesn't matter what you say
I just can't stay here every yesterday
Like keep on acting out the same
The way we act out
Every way to smile
Forget
And make-believe we never needed
Any more than this
Any more than this

Oh Elise it doesn't matter what you do
I know I'll never really get inside of you
To make your eyes catch fire
The way they should
The way the blue could pull me in
If they only would
If they only would
At least I'd lose this sense of sensing something else
That hides away
From me and you
There're worlds to part
With aching looks and breaking hearts
And all the prayers your hands you make
Oh I just take as much as you can throw
And then throw it all away
Oh I throw it all away
Like throwing faces at the sky
Like throwing arms round
Yesterday
I stood and stared
Wide-eyed in front of you
And the face I saw looked back
The way I wanted to
But I just can't hold my tears away
The way you do

Elise believe I never wanted this
I thought this time I'd keep all of my promises
I thought you were the girl I always dreamed about
But I let the dream go
And the promises broke
And the make-believe ran out...

So Elise
It doesn't matter what you say
I just can't stay here every yesterday
Like keep on acting out the same
The way we act out
Every way to smile
Forget
And make-believe we never needed
Any more than this
Any more than this

And every time I try to pick it up
Like falling sand
As fast as I pick it up
It runs away through my clutching hands
But there's nothing else I can really do
There's nothing else I can really do
There's nothing else
I can really do
At all...

A masterpiece from Robert Smith

Monday, November 22, 2010

Fiat Lada 1966 - 1974


FIAT LADA milik Tahir Hamzah

Kereta buruk diatas berusia lebih 35 tahun. Setelah En Tahir tiada, kereta ini tersadai tidak bergerak. Lebih 15 tahun kenderaan ini tidak bergerak dan tiada siapa tahu dimana kunci kereta ini berada termasuk anak-anak Tahir. Entah ghaib entah kan hilang.

Aku pernah merasa menaiki kenderaan buatan Itali ini yang direka pada tahun 1966-1974. Waktu itu usia aku dalam lingkungan 8-10 tahun. Kereta sedan ini luas dan selesa. Ruang tempat duduknya agak lapang dan selesa untuk berjalan jauh kerana tempat letak kaki yang lebar.

Aku malas nak cerita panjang panjang. Banyak sangat yang aku nak kena ingat dan aku malas nak mengimbau zaman dahulu. Dipendekkan cerita kereta Fiat model LADA ini akan dijual ke towkay besi buruk. Nak diperbetulkan boleh tetapi mungkin aku perlu mengupah orang Itali untuk membaik pulih nya.


FIAT LADA (imej dari internet)


Ruang interior yang luas dan lebar


Enjin FIAT LADA


Enjin FIAT LADA (Imej dr internet)

Friday, November 19, 2010

Hanya engkau yang memahami kisah ini

Lihat, keretapi itu berhenti..
Eh ia kembali bergerak..
Menuju ke destinasi..
Satu persatu penumpangnya turun..

Hanya kau sahaja yang memahami..
Ia terhenti dan kemudian terus berlari
Memecut meninggalkan masa memecut membuat sejarah yang kini
Masa yang tertinggal tidak akan bercantum kembali
Hasrat aku hanya mahu engkau terus bahgia
Bahgia dengan masa yang baru terus menempuh badai didepan

Kadang kala ia akan terhenti
Terhenti untuk kita merenung sejenak betapa jauh telah kita rempuhi
Terhenti untuk kita mengenangkan kesalahan lampau yang aku tidak terniat untuk melakukan
Terhenti untuk kita memberi peluang untuk memperbaiki

Engkau yang memahami cerita keretapi ini
Cerita bagaimana pada malam itu aku berkata 'keretapi ini akan bergerak sentiasa kerana cinta aku pada engkau
Keretapi ini akan kadang kala terhenti
Tetapi akan terus bergerak kerana kisah cinta ini akan terus berada di dalam isian keretapi.
Ia akan terus bergerak walaupon si konduktor nya telah mati..

*Ketika kisah ini ditulis guruh sedang bergegar kilat sedang memancar..

Thursday, November 18, 2010

25 tahun selepas tragedi memali


Disini mereka bersemadi

Hari itu, menangislah sang anak kecil, teresak-esak ketakutan mendengar jentera berat suara pekik manusia cuba berlindung.
Teriak si Ibu pula menambah rasa gelisah semua yang ada.
Doa dibaca, azan dilaung, tangan menggenggam yang lain bersama-sama mungucap syahadah.
Tumpah nya darah 14 hamba Allah, mengalir darah, bersembur dari tubuh, lalu turun malaikat dari langit ketujuh menjemput mereka pada hari mulia itu.

14 mereka tidak berupaya melawan kekuatan musuh. Gugur dek peluru sang pemerintah. Pemerintah yang rakus nafsu kuasa.
Hari ini 25 tahun selepas itu, kampung ini kembali sunyi tiada lagi suasana hiruk pikuk seperti 25 tahun yang lampau.
Jasad 14 mereka telah pon diangkat oleh yang Maha Esa.
Kisah itu adalah kisah kampung Memali

"Tunduk pada kuasa ku nescaya kamu akan selamat" kata sang pemerintah.
"Jangan dicuba melawan turuti perintah ku dan telunjuk ku" kata si pemerintah
"Andai kata kamu degil buruk padah nya" teriak si penguasa

"Kami percaya pada apa yang kami percaya" kata si syuhada
"Kami fahami erti perjuangan tiada pernah kami berganjak" kata si pemuja kebenaran
"Soal hidup dan soal mati kami serahkan pada yang Maha Kuasa" kata si pemberani

Akhirnya gugur, akhir becerai jasad dari badan, tinggallah anak anak isteri meratapi pemergian insan disayangi.
Pemergian yang sementara menjadi penguat diri menempuh hari demi hari.
Berkecamok hati pilu, bergoncang dunia, melarat air mata menemani darah merah pekat mengalir.

Jangan diingat kami sudah melupakan
Jangan difikir kami sudah memaafkan
Tidak sesekali kami berganjak
Tidak sesekali kami akur

Kami yang masih hidup ini tidak seberani para syuhada itu
Kami yang masih berjalan tidak seangkuh pemerintah itu
Kami yang masih bernafas mengharapkan agar mereka aman
Kami yang masih mengucap hanya mampu mengirim doa

Semoga para syuhada yang gugur pada peristiwa itu dimuliakan di sisi Sang Pencipta

Monday, November 15, 2010

Teruskan

Anak Adam di bumi ini pastinya bermimpi..bermimpi tentang tak pasti..mahu mengharap suatu hari ia jadi realiti..

Zulaika selalu bermimpi..Juliet juga bermimpi..begitu juga Layla dan Athena dari kayangan..

Adakah Zulaika pernah termimpi bertemu Yusof
Adakah Romeo pernah menjelma di dalam tidur Juliet
Adakah Majnun terlebih dahulu jatuh cinta di dalam tidurnya
Adakah Zeus berkuasa di alam mimpi Athena

Jika semuanya lebur di alam realiti semoga ia kukuh di alam mimpi

Jika segalanya hancur berkecai di ruang bumi semoga ia bercantum di alam yang tak pasti

Dan jika segalanya masih tidak menjadi teruskan bermimpi..

Teruskan bermimpi walaupun realitinya tidak akan menjadi

Thursday, November 4, 2010

Terangi kami

Apa mungkin yang sedang dilakukan oleh Dewa Dewi kayangan..
Adakah Dewa Dewi sedang asyik berkhayal meneguk air anggur sambil dihiburkan oleh tarian berahi sang pujangga
Atau Dewa Dewi sibuk berasmara tanpa melihat kami di muka bumi
Siapa yang tahu, tiada siapa, cuma Si Brahmin dapat berkhayal dirinya di surga kayangan

Apa yang pasti kita di bawah ini semua sedang sedaya upaya merayakan kehidupan
Kehidupan yang tidak pasti tidak berapa jelas tidak begitu terang tidak selalunya lurus
Apa yang pasti ramai umat manusia sedaya upaya mengukir senyuman pada yang kuasa sedaya upaya meabdikan diri pada dunia sedaya upaya mahu memperoleh segala galanya
Apa yang pasti ramai yang kecundang tewas mabok oleh hilai tawa tertonggeng akibat terlalu mendongak langit tanpa mahu berasa dilihat jijik

Ketika dewa dewi asyik berhibur dilangit tinggi apa yang tinggal untuk kami
Keitka dewa dewi sedang asyik menari apa yang bakal kami hadapi
Ketika dewa dewi meneguk anggur dari bekas dosa dosa kami apa yang ada untuk kami nikmati

Semoga esok bila terjaga dari mimpi, dewa dewi akan melihat kami dengan penuh rasa kesal rasa hiba dan rasa sedih
Semoga esok zat zat dewa dan dewi merahmati kami yang tidak mampu dan asyik terjatuh ditimpa musibah
Semoga cahaya malam ini akan terus berputar ligat untuk kami
Semoga malam pencerahan ini menendang semua kegelapan dari hidup angan angan ini
Semoga esok apabila terjaga dewa dewi akan menepuk dahi kerana lupa melihat kami yang tidak putus putus meratapi

Thursday, October 21, 2010

Menjaga Pak Ya

Setelah lebih dua minggu berada di Sar-e-pul wilayah utara Afghan, Pak Ya tiba dgn Air (pemantau dr Siam) utk bersama aku memantau pilihanraya. Aku cukup gembira menyambut ketibaannya. Mana tidak nya, aku mati akal disana. Belah malamnya pendek. Wilayah Sar e Pul ini adalah perkampungan kecil. 3 jam dari bandar Mazar e Sharif. Jika di Malaysia, kampung ini lebih kurang seperti kampung Sik di Kedah.

Jadi sampai nya Pak Ya aku ada teman berbual. Malam pertama bila Pak Ya sampai, bodyguard aku Narjit memesan makanan istimewa dr tukang masak kami. Kambing, nasi beriyani, sayur bendi dan ayam. Itulah makanan kami malam itu. Pak Ya memang terkenal dgn pelahapnya. Suka betul dia kalau bab bab makan ni.

Nak dijadikan cerita, esk paginya dia cirit birit. Tapi aku dan lain2 tidak. Entah apa yang dimakannya. Lesu dan lembik jadinya. Puas lah kami mencari doktor. Hospital jauh dan agak bahaya perjalanannya. Namun nasib kami baik ada doktor kampung yang masih ada. 2 hari selepas itu keadaannya tidak berubah, jadi aku nekad untuk ke hospital. Di sini tiada hospotal lengkap hanya hospital kecil dan tiada kawalan keselamatan. Hendak ke Jawzjan mengambil masa 2 jam.

Komandar keselamatan tidak membenarkan kami bergerak. Puasa aku bertengkar dengan nya tapi jawapan nya sama. Kami tidak boleh ke Jawzjan. Pak Ya harus dirawat disini. Terbaringlah orang tua itu di katil rumah tumpangan. Tangan kirinya dicucuk. Setiap dua jam perlu diganti air. Dari tak tahu cara memasang water-drip itu aku jadi tahu. Mcm2 pil harus ditelan. Kahsian Pak Ya, doktor kmpg itu kadang kala tersalah cucuk, kenalah cari urat lain. Bengkak bengkak tangan Pak Ya.

Selang satu minggu selepas itu, Pak Ya sudah beselera makan. Tapi perlu dijaga nafsu makan orang tua ini agar tidak tersalah makan. Teringatkan peristiwa tahun lepas sewaktu menjaga Yunus membuatkan aku terkenangkan dia. Aku masih tidak percaya orang tua ini sudah tiada..

Sunday, October 17, 2010

Yunus Ali









Yunus Lebai Ali (1951-2010) dalam kenangan sejarah gerakan mahasiswa, Palestin&Demokrasi
(gambar dari buku Bersama Anwar Ke Penjara, tulisan Kamarazaman Yacob)

Hari ini, Sabtu 16 Oktober, besok Ahad 17 Oktober, 97 tahun yang lalu berlangsungnya revolusi Bolsheviks di Rusia. Hari ini telah 22 hari dia pergi meninggalkan kita semua. Dan aku masih belum lagi dapat melupakan Yunus Ali. Ada sekeping gambar di bawah yang merupakan salinan daripada fotokopi akhbar PLO Filastin al-Thawra (simpanan Arwah) yang menyaksikan Allahyarham sedang berdemonstrasi anti zionis Israel, sewaktu zaman aktivis mahasiswanya. Diperturunkan sekali lagi belasungkawa tulisan Hasan Karim. Turut disertakan gambar-gambar gerakan mahasiswa dan solidariti Palestin, tahun 70an daripada buku Bersama Anwar Ke Penjara (1993), tulisan Kamarazaman Yacob, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, tahun 1974. Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang menulis kata pengantar buku tersebut.

Pada penghujung usianya pula, Yunus Ali melalui kegiatan NGO Empower dan UNICEF Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (klik sini) sempat menyumbang tenaga kepada masyarakat Kuala Muda dan Langkawi, setelah peristiwa tsunami, bagi program pembangunan ekonomi wanita dan remaja di sana. Yunus Ali pada usia emasnya itu juga menjadi pengerusi NIEI, aktif bersama badan pemantau pilihanraya Malaysia itu. Dia juga turut diundang menyertai dan memimpin berbagai misi pemantauan pilihanraya antarabangsa bersama-sama dengan ANFREL, antaranya di Afghanistan, Sri Lanka, Nepal dan Thailand. Al Fatihah buatmu Yunus. Tafakurku pada segala budi dan jasamu tak terbalas itu. semangat perjuanganmu akan tetap selalu hidup sepanjang zaman. Tabik!

"Rakaman yang bermakna untuk sejarah ialah perjuangan berani para pelajar zaman tersebut, iaitu tahun-tahun 70-an. Kebangkitan mahasiswa tanahair zaman tersebut cukup menarik. Sebagai pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Kamarazaman Yacob, Abu Zer, Hishamuddin Rais, Yunus Ali adalah anak-anak yang benar-benar melibatkan diri dan kehidupannya dengan cita-cita kemasyarakatan."
Usman Awang
Petaling Jaya, Oktober, 1993.



KEMBALINYA YUNUS ALI : BEKAS TAHANAN ISA OPERASI LALANG 1987
oleh Hasan Karim

Semalam 25 hb September 2010 kira-kira jam 4.20 petang seorang sahabat karibku telah meninggal dunia. Dia telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya. Namanya ialah Yunus bin Lebai Ali, dan lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali. Mungkin tak ramai orang kenal Yunus Ali kerana low profile yang dibawa oleh tubuh peribadinya. Ramai orang tentu kenal Hishamudin Rais. Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Nama-nama lain dalam generasi tersebut ialah Ahmad Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Anuar Musa setakat menyebut beberapa nama pemimpin pelajar ketika itu.

DI TAHAN DALAM ISU TASEK UTARA
Tetapi Yunus Ali bukan sekadar bekas pemimpin pelajar. Dia lebih dari itu. Sebagai seorang sahabat karibnya aku berasa bertanggungjawab memperkisahkan secarik lembaran kehidupannya untuk tatapan umum khususnya generasi muda kini. Yunus anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak adalah satu dari sekian ramai anak-anak muda generasi kami yang telah mencuba untuk membawa perubahan ke arah yang lebih sejahtera dan baik bagi rakyat dan tanahair kita ini. Seperti yang lain-lain, Yunus juga telah mengorbankan dirinya untuk membawa perubahan itu sehingga dua kali beliau dipenjara. Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974. Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana.

DEMONSTARSI PELAJAR-PELAJAR DI KUALA LUMPUR

Pada 3 Disember 1974 berlaku demonstrasi pelajar secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Ketika itu Yunus adalah salah seorang pemimpin penting dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Demonstrasi pelajar-pelajar itu bagi menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah. Beberapa orang pensyarah, pemimpin pelajar serta belia telah ditahan di bawah ISA lanjutan dari demonstrasi tersebut. Antara yang ditahan ialah Prof Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Kemudian Polis Diraja Malaysia telah menggempur kampus Universiti Malaya di bawah satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Mayang. Beberapa orang pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu.




USMAN AWANG TOLONG SELAMATKAN YUNUS
Hishamudin Rais dan Yunus Ali terletak dalam senarai teratas nama-nama pemimpin pelajar yang jadi buruan polis. Kedua-duanya terlepas dari tangkapan polis apabila polis-polis hutan atau Field Force (kini dipanggil PGA) menyerbu kampus Universiti Malaya.

Yunus dan Hishamudin dapat meloloskan diri masing-masing. Tahukah di manakah dua pemimpin pelajar ini berlindung dari tangkapan polis untuk beberapa bulan? Di sinilah hebatnya Sastrawan Negara Usman Awang. Di rumah Usman Awang yang kami panggil dengan mesra sebagai Abang Tongkat tempat Yunus dan Hishamudin Rais berlindung. Usman Awang tidak sahaja bercakap dan berpuisi soal keadilan, hak asasi dan kemanusiaan. Tetapi beliau buktikan dengan perbuatan. Ketika keselamatan diri dua orang pemimpin pelajar yang pro-rakyat ini diancam oleh ISA, Usman tampil secara senyap-senyap memberi perlindungan kepada kedua-dua mereka. Beliau mempertaruhkan nasibnya sendiri demi membela dua orang pemimpin pelajar ini yang menjunjung perjuangan untuk keadilan rakyat.

DI PERSIMPANGAN JALAN

Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan dibawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan. Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik. Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini. Selepas isu demonstrasi pelajar-pelajar pada Disember 1974 reda, keadaan di kampus beransur tenang. Yunus kemudian menyambung semula pengajiannya di Fakulti Pertanian Universiti Malaya.

KONVENSI HAK ASASI MANUSIA
Pada tahun 1975 Usman Awang dan beberapa orang tokoh lain dari kalangan intelektual telah menganjurkan satu persidangan yang dipanggil Konvensi Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendapatkan pembebasan tahanan-tahanan politik ketika itu, antaranya Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim di penjara Kamunting, Perak serta Syed Zahari, bekas ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah ditahan selama lebih 12 tahun ketika itu di Penjara Changi, Singapura.Yunuslah orang muda yang banyak menolong Usman Awang dalam menjayakan Konvensi tersebut. Ketika itu kami tidak ada badan-badan NGO hak asasi seperti SUARAM atau HAKAM, seperti sekarang ini.

MELARIKAN DIRI KE HONG KONG
Pada suatu petang Yunus menemuiku di tempat kediaman aku menumpang dan memberitahuku bahawa dia hendak meminjam baju kot. “Hendak buat apa ?” tanyaku. Aku juga aktivis pelajar yang miskin melarat, macam Yunus. Jadi mana aku ada baju kot. “Aku hendak ke Hong Kong,” kata Yunus. “Buat apa ke sana?” Ada persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong, jawab Yunus.Aku berasa sedih tidak dapat meminjamkan baju kot kerana akupun tak ada benda itu. Itulah pertemuan terakhir aku dengan Yunus ketika itu. Pelajar-pelajar lain pulang ke tanahair selepas persidangan di Hong Kong berakhir tetapi Yunus tidak. Mulai saat itu Yunus memulakan kembara panjangnya di beberapa benua sebagai pelarian politik. Ini berlaku sekitar tahun 1976 di mana pada ketika itu terdapat gelombang kedua tangkapan di bawah ISA. Tangkapan ISA pada tahun 1976 ini menyaksikan nama-nama besar seperti A Samad Ismail, Kassim Ahmad, Datuk Abdullah Ahmad dan Datuk Abdullah Majid dipenjarakan di Penjara Kamunting. Perdana Menteri Tun Abd Razak baru sahaja meninggal dunia dan perebutan kuasa berlaku di dalam Umno. Dalam suasana sedemikianlah Yunus yang tidak lagi rasa selamat akan kebebasan dirinya mengambil keputusan meninggalkan tanahair.

MENYERTAI PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN
Aku kemudiannya dihubungi. Sebagai teman dan sahabat karib akulah tempat Yunus berhubung dan menjadi jambatan hubungannya dengan sanak saudaranya. Selepas di Hong Kong aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Pakistan menumpang di rumah Duta PLO (Plaestin) di Paksitan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya. Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya. Abu Yaakub sama seperti Usman Awang, orang yang baik hati.

Dia sanggup membenarkan Yunus menumpang di rumahnya sehinggalah kediaman Duta PLO itu diserang oleh musuh-musuh PLO. Aku tidak tahu apa yang berlaku terhadap Yunus selepas itu. Tetapi Yunus seorang yang cekap untuk terus hidup, selagi belum sampai ajal. Aleh-aleh aku dengar Yunus sudah berada di Beirut, Lubnan menyertai paskukan bersenjata dalam komando PLO. Yunus yang bersuara perlahan, sederhana tingginya telah mendapat latihan ketenteraan dari pejuang-pejuang PLO. Aku mula kenal Yunus semasa kami di Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Dia pandai ilmu bersilat. Ketika kami sama-sama menjalani latihan praktikal pertanian di sebuah ladang di pinggir hutan di Pucong, Selangor pada tahun 1972, aku sempat belajar silat dengan Yunus dan Yunus pula belajar politik dari buku-buku politik kiri yang aku bawa ke bangsal tempat kami menginap di pinggi hutan Puchong itu.

DARI LUBNAN KE UNITED KINGDOM
Dari Timur Tengah yang bergolak itu, Yunus itu kemudiannya berhijrah ke Eropah dan bermastautin di London. Ketika itu sekitar tahun 1981. Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi. Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu. Aku pun pergi ke London beberapa hari sebelum Hariraya AidilAdha tahun 1982. Aku berhariraya Korban di London. Sekitar dua minggu aku di sana dan Yunus dengan rendah hati bertindak menjadi tourist guide kepadaku. Seperti pelancong-pelancong lain juga, tanpa aku minta Yunus telah membawa aku melawat lokasi-lokasi biasa pelancongan seperti Trafalgar Square untuk melihat burung-burung merpati, Istana Buckingham, London Tower dan banyak lagi. Pada suatu hari Yunus mengajak aku pergi melawat ke pusara Karl Marx di suatu kawasan tanah perkuburaan di London yang namanya mungkin Hillgates. Aku kurang pasti nama itu. Yunus merakamkan dengan kameranya –gambar aku berdiri di sebelah pusara Karl Marx. Gambar itu hilang dalam sibuk-sibuk aku menyelamatkan diri semasa Operasi Lalang 1988.

PULANG KE TANAHAIR
Lebih kurang pada tahun 1986 Yunus pulang ke tanahair selepas pengajiannya selesai dan keadaan politik di Malaysia tidak begitu bergolak. Aku menyambut Yunus di Lapangan Terbang Subang. Untuk beberapa bulan, Yunus tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor. Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990). Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London,aku menghanatar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.

OPERASI LALANG:YUNUS DITAHAN
Tetapi dua tahun kemudian tiba-tiba keadaan politik negara bergolak. Ketegangan politik yang melibatkan isu-isu sensitive perkauman muncul, melibatkan UMNO dan MCA sendiri- dua komponen parti perkauman di dalam gabungan Barisan Nasional. Gajah sama gajah berperang, ada pelandok yang mati di tengah-tengah. Ketua Pemuda UMNO waktu itu yang kini Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan slogan 1 Malaysia berperang isu perkauman dengan Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA. Tetapi yang jadi mangsa keadaan dan ditahan dibawah ISA ialah berpuluh-puluh pemimpin politik pembangkang dan aktivis-aktivis NGO. Antara yang ramai ditahan itu termasuk Yunus Ali. Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan dibawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya. Sesekali aku ternampak gambarnya di akhbar atau tv dalam isu-isu yang dia terlibat. Ertinya dia tidak mendiamkan diri. Yunus masih bergerak.

YUNUS SAKIT
Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir. Kami bercakap soal kesihatan, soal anak-anak. Kami tidak cakap soal politik petang itu.Yunus begitu bertenaga untuk hidup dan bertekad melawan penyakitnya. Dia tidak mengeluh, tidak putus asa, tidak minta simpati. Semangat komando Palestin bersama PLO membina jatidiri Yunus yang tabah. Banyak kali dia bercakap bahawa dia redha dengan sakitnya. Perkataan redha yang dilafazkannya itu sarat dengan pengertian tauhid keimanan sebagai seorang Islam.

PULANG KE RAHMATULLAH
Kini Yunus telah kembali menemui Tuhannya, iaitu satu tempat yang sebaik-baik dituju Dia telah menjalani hidupnya dengan berani tanpa menyerah kalah kepada kezaliman dan kemungkaran. Bagaimanapun, dia akhirnya tewas juga apabila ajalnya sampai. Aku berdoa semalam agar Yunus dapat bertahan melawan sakitnya. Tetapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku percaya Yunus telah bersedia untuk detik perpisahan itu. Sebagai sahabatnya aku mendoakan Yunus dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga. Kepada isteri, anak-anak dan keluarga Yunus aku pohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dan berharap mereka tabah menempuh saat yang sedih ini atas pemergian orang yang mereka sayangi. Al-Fatihah, Amin. Yang benar,

HASSAN KARIM Saya boleh dihubungi di No. talian 012-7931148, e-mail:hakarim2001@yahoo.com Beralamat Hassan Karim & Co. Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor Tel:07-6881839 Fax:07-6882369
Tukar tiub:Inilah kehidupan. Ada permulaan dan ada titik akhirnya.

Wednesday, October 13, 2010

Menjangkau masa

14 tahun yang lepas

Seorang budak berusia 10 tahun yang tidak tahu apa-apa tentang dunia kecuali perlu menghadirkan diri ke kelas tambahan dan musik.
Mengambil berat tentang waktu bermain basikal dan bola sepak, jauh sekali mahu mengulang kaji pelajaran.
Tidak mempunyai cita-cita tetap ntah apa yang di cita kan cuma bercakap kosong bila ditanya guru. Jawab apa yang boleh dan geleng kepala jika soalan itu sukar dijawab.
Tidak pernah menyangka akan wujudnya I-phone, Blackberry, dan Skype.
Ini semua terlalu canggih.

14 tahun selepas itu

Berambut panjang dan menjangkau 24 tahun. Sudah menamatkan pelajaran yang tidak pernah dicitakan sewaktu berumur 10 tahun.
Sudah 10 tahun tidak menyentuh alat musik itu, dan sudah lupa bagaimana cara menekannya. Apakah tujuan nya sewaktu mengambil kelas musik itu?
Yang kekal adalah keinginan menendang bola dan berseronok serta masih lagi malas seperti 14 tahun dahulu.
Kekal dengan menjawab benda yang boleh dijawab dan menggeleng jika tidak mengerti.
Terkejut dengan wujudnya I-phone, Blackberry, dan Skype.
Lebih terperangjat dengan wujudnya I-pad, I-pod, MP3, segala teknologi canggih lain.
Masih kurang arif tentang teknologi.

14 tahun dari sekarang

Berkeluarga kah? Sudah mempunyai isteri dan anak-anak? Tinggal di rumah kos rendah atau mampu menyewa apartment berkolam renang?
Berapa banyak ilmu yang sudah ditambah dan berapa banyak kejayaan yang dicapai?
Bisa tidak bermain alat musik itu kembali?
Masih menggeleng bila ditanya?
Adakah Blackberry I-phone dan Sykpe tidak lagi digunakan?
Mungkin ada alatan yang lebuh canggih dari itu.


Mari berangan..

Monday, September 27, 2010

Bukan manusia biasa

Aku akan cuba sedaya upaya untuk bercerita tentang arwah Yunus Ali dengan ringkas. Bagi aku kisahnya wajib dibaca oleh setiap orang kerana Yunus bukan manusia biasa. Tidak ramai yang dilahirkan untuk berjuang seperti mana cara Yunus berjuang. Kisahnya bermula dengan..

Teater bukan Teater “Bilik Sulit”

Aku menuju ke Bar Council bersama dua lagi teman untuk menonton teater ini. Waktu itu, Disember 2008. Disitulah pertama kali aku melihat secara dekat rupa Yunus. Dia hadir menyaksikan teater itu bersama Rahmat. Aku telah mendengar kisah perjuangan Yunus dari Tad. Pada mulanya aku menyangka pastinya Yunus ini berbadan besar, bengis dan serius. Tetapi aku terkejut melihat susuk tubuhnya yang rendah dan bersahaja. Didalam hati aku berkata, benarkah dia mengangkat senjata melawan Zionis di Lebanon? Tak ada pon rupa komando. Malam itu setelah tamat teater aku terus pulang, aku sudah tahu rupa bentuk Yunus.

Penanti, May 2009.

Aku diajak Black untuk menjadi pemerhati/pemantau pilihanraya kecil Dun Penanti. Dibawah organisasi tempatan National Institute for Electoral Integrity (NIEI) dimana Yunus adalah pengerusinya. Disitulah pertama kali aku bercakap dengan Yunus. Kami menuju ke Pulau Pinang. Aku memandu kereta wira biru nya dan sepanjang jalan kami berbual-bual kosong, ice-breaking session kata orang putih. Aku memanggil nya Pak Ya. Y untuk Yunus dan A untuk Ali jadinya Pak Ya. Dalam perjalanan sempat aku berkata macam mana Pak Ya boleh menjadi Lebanon? Dia ketawa kecil dan tidak menjawab. Tiba-tiba dia berkata, “kau nampak dua bukit itu (sambil menuding jari kearah bukit bukau sekitar jalan menuju ke utara) Dahulu sewaktu di lubnan aku kene berlatih duduk atas bukit dan tidak boleh dikesan. Itulah antara latihan aku. Berhari-hari diatas bukit belajar untuk menjadi invisible. Aku terkedu mendengarnya. Gila betul training gerila ni. Lalu dia menyambung, aku lebih banyak menembak orang arab dari Zionis. Banyak arab yang menjadi tali barut Zionis, Kata Yunus lagi, dia mengangkat senjata kerana percaya kepada perjuangan itu. Pembebasan secara total. Tambah Yunus, jika dia mati disana pasti nama pada kuburnya terpahat ‘As-Shahid Yunus Ali’ lalu ketawa kecil kami.

Yunus, seorang yang suka makan. Sekejap sekejap kami berhenti. Penuh perut aku sepanjang jalan dan Yunus tahu dimana kedai yang sedap. Aku pon pelik macam mana dia tahu setiap ceruk kampong itu. Di Penanti aku memandu hingga ke Balik Pulau untuk makan. Banyak tempat yang Yunus bawa aku. Semuanya enak-enak.

Afghanistan Julai 2009

Black sekali lagi menjemput aku menjadi pemerhati pilihanraya. Kali ini di Afghanistan. Aku tidak pernah terfikir akan ke sini. Disebabkan aku tiada kerja waktu itu aku pon pergi. Sebulan lebih disana. Setelah hampir 2 minggu disana aku diberitahu Pak Ya akan kesana sebagai pemerhati jangka pendek, (aku pula pemerhati jangka panjang). Aku cukup gembira bertemu Pak Ya di Sar-e-pul, yang terletak di sebelah utara Afghan. Lalu kami menghisap tembakau Afghan, Hashish yang cukup lazat. Beberapa hari selepas itu Yunus jatuh sakit. Cirit birit. Entah apa yang dia makan. Maklumlah dia memang suka makan. Puas lah aku mencari jalan. Nak ke klinik dibandar jauh dan bahaya nasiblah ada doktor kampong. Apabila pulang ke Kabul, Yunus belom pulih sepenuhnya. Sampai ke Kuala Lumpur dia sakit. Lama juga baru dia sembuh. Sebelum berangkat ke Afghan Yunus ada memberitahu aku supaya jangan rapat sangat dengan kaum lelaki disana. Ada antara mereka yang gemar meliwat dan jangan memandang wanita disana terlalu lama, bahaya. Dan sebelum Yunus tiba di Afghan kami sering berbalas e-mail. Isi kandungannya aku terpaksa rahsia kan..hahaha

Negeri Sembilan Oktober 2009

Sekali lagi pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang. Yunus sakit ketika ini. Teruk batuknya dan cepat penat. Tetapi dia masih lagi gagah untuk bekerja. Kadang kala naik takot aku mendengar batuknya. Tangannya menggigil dan selalu demam. Badannya telah all-out sewaktu begerilya. Latihan komando telah membuatkan Yunus over-work dan itulah sebabnya dia selalu sakit. Tapi Yunus tidak berganjak. Semangatnya cukup keras. Itu yang membuatkan aku salute padanya. Ubat-ubatannya cukup banyak. Satu untuk buah pinggang satu untuk darah tinggi, gaout dan lain-lain. Tapi seperti biasa Yunus makan apa sahaja yang lazat. Kadang kala dia beritahu aku, “eh aku makan kambing ni ko jangan bagitahu black atau tad, bising nanti mereka,” Aku hanya mengangguk dan bersubahat. Nak dilarang tak boleh maklumlah orang tua. Penggal itu, Yunus sudah kurang bercakap. Penat agaknya kerana badannya letih.

2010.

Awal tahun lalu Yunus masuk Hospital, Berminggu-minggu di wad. Makan ubat dan ubat. Selalu dia menghantar sms katanya dia bosan. Aku datang dan membawa buku untuknya. Kami berborak-borak tentang itu dan ini. Setelah dia sembuh, selalu juga dia mengajak aku singgah di office NIEI di bangsar untuk melepak. Bosan agaknya dia.

June 2010, Sekali lagi Yunus ke hospital. Kali ini teruk. Badannya lemah dan darah putih nya terlalu banyak. Sebulan di hospital. Keadaanya tidak bertambah baik.

Julai 2010, Bukit Bintang, Yunus dengan gagahnya memandu ke Bukit Bintang. Rumah Tad. Di rumah Tad Yunus melepak disitu banyak cerita yang keluar. Macam macam sejarah hidup nya. Bagaimana dia mengorat gadis Australia hingga lah ke cerita dia menjadi Spy di Itali dan London. Ini kisah benar bukannya rekaan. Yunus adalah bekas perisik PLO dan bekas juru iring Yasser Arafat (salah seorang bodyguard). Betapa hebatnya Yunus. Di Itali dan London dia bertindak sebagai mata-mata. Memerhati gerak geri dan mencatit segala apa maklumat yang berguna untuk PLO.

August 2010, Yunus ke Hospital Selayang. Keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya melarat. Tapi syukur beberapa hari sebelum raya dia dibenarkan pulang. Pak Ya semakin kurus, lemah bila berjalan. Dua hari sebelum raya, aku menerima sms darinya, “Kau ada dimana, datanglah ke rumah aku, aku masak tengahari”. Lauk yang dimasak cukup gila. Seperiuk besar kari daging kambing, sambal tumis ikan bilis, ikan bakar dan nasi. Aku datang bersama black dan Syafik…Ketika itu aku tidak menyangka, itulah lauk pertama dan terakhir Pak Ya masak untuk aku.

25 September 2010.

Sehari sebelum itu, 24 September, aku mendapat sms dari black. Katanya pergi melawat Pak Ya, kerana Maria isteri nya tiada. Aku menyangka Pak Ya ada dirumah dan kerana terlalu sibuk bekerja aku terlupa. Keesokkan harinya, 25 Sept, Nazri menghantar sms, Pak Ya sudah behenti bernafas. Begegas aku mencari maklumat. Rupa-rupanya dari semalam lagi Pak Ya sudah berada di hospital Selayang. Bergegas aku kesana.
4.15 petang sms dari Hishamuddin Rais, Pak Ya telah tiada. Setibanya aku di sana aku melihat Maria dan tiga anak lelaki nya sayu. Dihadapanya, tubuh kaku seorang pejuang. Putih pakaiannya. Aku bagai tidak percaya. Pak Ya menghidapi komplikasi secara tiba-tiba. Badannya tidak dapat menerima tindak balas itu. Organnya tidak dapat berfungsi. Lalu pergi mengadap Ilahi.

26 September 2010, Kuala Kangsar

Tempat Yunus dilahirkan, sebelah kubur arwah emak dan ayah dia ditalkin dan dikambus. Pak Ya pernah berkata, “Aku kalau nak mati dah lama aku mati. Aku rasa semuanya. Tiada apa yang nak disesalkan lagi”. Hari itu aku memberi tanda Salute terakhir kepada komrad yang berjuang demi keadilan. Yunus, bukan calang calang manusia, Bagi aku Yunus tetap saorang yang Shahid. Salute Yunus semoga aman kau disana. Kami yang disini akan mengingati pengorbanan kau.

Yunus b Lebai Ali (1951-2010)

Sunday, September 26, 2010

Utusan Terakhir Buat Yunus Ali

Kamrad,

Kita yang sememangnya tidak dapat melakukan apa-apa hanya mampu melihat dan bersedih dan merasa duka...

Tapi dia pergi...pergi tidak pulang...
Dan kita juga akan pergi (satu hari nanti), tetapi ingat, sebelum pergi kita harus berjuang (apa-apa cara dan daya sekali pun)!!!

Dari Tad di Kabul

Thursday, September 16, 2010

Tujuh Belas Tahun

Aku selalu membayangkan bagaimana agaknya hidup di dalam penjara. Tanpa berteman, tanpa muzik, tanpa siaran TV, dan paling utama tanpa kebebasan. Dan tiap kali aku membayangkan kehidupan di penjara, otak aku seolah-olah 'jam'. Tidak terbayang. Buntu dan kaku.

Siang tadi, aku berpeluang duduk dan berbual bersama salah seorang bekas tahanan politik yang meringkuk 17 tahun lamanya di bawah Internal Security Act atau ISA. Tujuh belas tahun! bukan tujuh belas minit. Bayang kan dari anak kecil yang baru lahir hingga umurnya 17 tahun, sudah beasr panjang orangnya, ini kan pula meringkuk 17 tahun dalam penjara. Sekali lagi otak aku 'jam'.

Orang itu namanya Said Zahari. Ramai dikalangan rakyat Malaya yang tahu tentang susuk ini. Umurnya sekarang 80 tahun (kurang lebih). Tapi masih lagi mampu berbual dengan bahasa melayu dan inggeris yang baik walaupon terhenti seketika kerana batuk batuk kecil.

Masok saja ke bilik ulang kajinya, mata aku melilau melihat sekeliling. Penuh dengan buku buku ada dari tulisan Robert Fisk, ada dari Chin peng, dan macam macam lagi penulis. Gambar gambar lama turut tergantung di biliknya. Aku sekadar memerhati dengan rasa kagum.

Perbualan kami (kami datang bertiga), banyak menjurus kepada hala tuju politik malaysia dan beberapa isu semasa. Aku tidak banyak bertanya mungkin kerana kagum melihat susuk itu berada kurang semeter dari aku.

Tapi apabila perbualan menjurus kepada orang melayu, jawapan dari Pak Said membuatkan aku berfikir panjang. Tidak pernah aku dengar jawapan seperti itu sebelum ini. Katanya, orang melayu jika ingin berjaya hanya memerlukan kepimpinan melayu bukannya ketuanan melayu. Dan sampai ke hari ini kepimpinan itu belom ada. Pak Said menambah, melayu tidak perlu menjadi tuan dan tiada sebab untuk menjadi tuan. Jawapan ringkas itu telah membuatkan aku terus setuju. Betul juga kata orang tua ini. Kepimpinan itu lebih penting dari menjadi tuan. Dari kita mengarah lebih baik kita memimpin. Sayang nya belom ada lagi.

Mungkin jika Pak Said tidak meringkuk 17 tahun lamanya dipenjara, kemungkinan Malaysia ada kepimpinan itu. Tidak lama selepas itu, Pak Said melluahkan rasa kecewanya terhadap bekas akhbar nya yang kini dikenali sebagai Utusan Malaysia dahulu Utusan Melayu. Sebagai bekas editor-in-chief Pak Said tidak berselindung mengatakan Utusan Malaysia sekarang adalah satu akhbar yang gagal. Gagal kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai akhbar rakyat.

Kami selepas itu berbual-bual pendek sebelum meminta diri untuk beredar kerana mempunyai urusan lain. Pertemuan 40 minit itu (kurang lebih) sangat bermakna kerana untuk orang yang terpaksa meringkuk selama 17 tahun di penjara, bagi aku adalah seorang hero.

p/s untuk membaca sedikit nota tentang Pak Said sila klik alamat ini

http://www.thenutgraph.com/strike-for-press-freedom/

Wednesday, September 8, 2010

Seathun hanya sekali

Esok, malam terakhir berpuasa untuk tahun ini. Kedai orang Kelantan dan Siam sudah tutup, chefnya pulang ke kampung. Pekan pekan kecil sebuk, last minit preparation kata mat saleh.

Masih ada yang memasang pelita, bagus ini tandanya amalan tradisi itu masih wujud. Bunyi letupan kecil juga meletus. Tanda tanda kedatangan Syawal dinanti.

Tetapi tadi sewaktu pulang ke rumah,aku ternampak dari kelam lampu malam, satu susuk tua berbasikal raleigh buatan 60an. Berbaju kemeja lusuh dan berseluar panjang yang gelap. Terdetik di kepala, kemana agaknya orang tua mahu singgah. Mencari buluh untuk membuat lemang kah? Atau mencari baju raya untuk cucunya? Hanya Maha Esa yang lebih tahu.

Sama ada anaknya pulang berhari raya atau tidak aku tak tahu. Masih setiakah isterinya menunggu di rumah entah tak aku tahu. Aku yang memandu, cuma menoleh melihat wajah tuanya yang jelas berkerut. Hanya persoalan yang timbul. Tiada jawapan yang pasti.

Pulang lah menjenguk orang tua kita jika mereka masih hidup, hantarlah ucapan ringkas jika kita jauh, kirim kan doa jika mereka telah tiada. Maafkan kekasih yang lari dari kenyataan, maafkan kekasih yang tidak setia, maafkan kekasih yang pernah berkongsi rasa sayang.

Berakhirnya puasa ini, janganlah dikira berapa banyak pahala yang dikumpul, berapa juzuk telah dikhatam, berapa helai hadis telah dihafal. Kenangkanlah mereka yang tidak ada bersama kita doakanlah agar merela terus selamat dan sihat. Berakhirnya Ramadan, kenangkan kembali berapa banyak amalan yang telah dibuat dengan rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan pahala. Biarlah yang Maha Esa saja yang mengetahui.

Selamat Hari Raya Aidulfitri...

Wednesday, September 1, 2010

Public Holiday

Aku tahu semalam hari merdeka, sambutan bunga api sudah lepas, masok kali ni sudah 53 tahun kita merdeka.

Hari ini, aku ingin pulang ke zaman 20 tahun yang lampau. Zaman sebelum astro dicipta, espn belom direka dan MTV hanya angan-angan.

Awal 90an dahulu hanya RTM dan TV3 yang wujud. TV3 diwaktu itu dianggap stesen yang hip dan versetail. Anak anak muda kebanyakkannya menonton saluran ini untuk kelihatan cool. RTM pula sampai ke hari ini dicop sebagai saluran orang tua yang sudah bergelar haji dan hajah. Rancangannya pon untuk golongan berumur.

Tetapi mari kita mengimbau kembali rancangan rancangan yang pernah kita tonton dahulu. Siapa yang tidak pernah menonton Kisah Benar, Rumah Kedai, Roda Roda Kuala Lumpur, Perdana Ria, Pintar Pintas dan macam macam lagi.

20 tahun dahulu, kita semua menonton cerita cerita ini. Kita yang aku maksudkan adalah melayu cina india dan lain lain. Tak percaya, sila tanya jiran sebelah menyebelah, rakan rakan sepejabat. Pasti mereka tahu tidak banyak sedikit tentang cerita yang aku sebutkan tadi.

Apabila duduk semeja di restoran bangkitkan cerita cerita lama ini. Aku yakin kamu akan gelak sampai pecah perut mengimbau cerita cerita lama ini.

Tapi jika sekarang dengan adanya 50 saluran rancangan, siapa yang menonton kesemuanya. Si A akan membuka espn, si B akan melayan drama tamil, si C akan berangan melihat artis dan si D akan melopong ternganga kerana tidak mempunyai 50 saluran itu.

Sayang sekali apabila kita duduk semeja sekarang, kita tidak lagi bercerita tentang rancangan yang kita tonton malam sebelum itu, kita tidak lagi berkongsi rasa gembira sedih dan kecewa. Kita lupa bahawa kita dahulu pernah menonton cerita yang sama tidak kira dari mana asal kita.

Sempena berakhirnya hari merdeka semalam, marilah kita kembali ke zaman itu, zaman kita semua tidak kira bangsa menonton rancangan yang sama dan berkongsi gelak ketawa apabila duduk semeja keesokkan harinya.

Aku sengaja menulis tentang ini lewat sehari kerana ketika ini kita semua sudah tidak ambil peduli tentang berakhirnya 31 ogos. 31 ogos bagi rata rata rakyat Malaysia hanyalah public holiday..

Friday, August 27, 2010

Oh my

In every trees and the sound of the buzzing bees,
Every second of my time flee

The humming birds stood still,
But I'm looking for my only bee

I wish we were just a dream in every scene,
Complete our journey oh me

Passing the sweetness through your smile,
Our path through million miles

Tell me the story of the fallen trees,
Where the birds stood and sing

Let them sing and oh please set them free
Oh my honeybee

Wednesday, August 25, 2010

Terang Bulan

Seperti semalam, kau kelihatan sungguh cantik. Tetapi semalam aku hanya berani melihat, tak berani aku menegur.

Seperti semalam, kau bercahaya sungguh indah tanpa dipaksa. Hanya hari ini aku berani menulis.

Tanpa pakaian kau menunjukkan cahaya, tanpa seurat benang kau menerangi, seperti kitab karmasutra ajaran Sang Brahmin.

Jika kau boleh bersuara alangkah ajaibnya dunia, Jika kau boleh berkata-kata, pasti Sang Sufi takkan terlena, Jika kau boleh berbual mesra, uda dan dara tidak akan berpisah.

Diselimut awan kau berlindung, dilangit hitam kau bersenandung, bintang kecil jadi penyambung.

Terangilah dunia ini sekali lagi..jangan sekali kau berhenti, manusia merindui si Bulan yang berahi.

Tuesday, August 24, 2010

Petang itu, 20 tahun dahulu.

Petang itu, 20 tahun yang dahulu, ketika pokok rambutan dan cermai masih lagi berbuah dan aku yang masih anak kecil menunggu muazin melaungkan azan.

Petang itu, dirumah datuk, rumah kayu itu, lebih sepuluh dari kami berkumpul. Lauk pauk pelbagai jenis menanti. Si makcik memang mahir memasak. Datuk dan nenek telah tiada. Tinggallah pakcik makcik dan anak anak nya. Terselit aku sekali.

Peti televisyen, petang itu terpasang. Masing masing sudah bersila menunggu. Masuknya waktu azan semuanya meriah mengamin doa si tua.

Hari ini setelah 20 tahun dari petang itu, segalanya telah berubah. Dari sepuluh yang ada petang itu, hanya tinggal dua. Yang dua itu, pakcik dan makcik yang semakin tua.

Berbukalah mereka dengan hanya tiga lauk sepinggan kurma dan air sejuk. Berdoalah mereka berdoa. Menghabiskan sisa-sisa tua. Tiada lagi hiruk pikok anak muda. Semuanya telah berkeluarga.

Yang tinggal hanyalah kenangan, yang tinggal hanyalah memori. Jika ada yang mengambil gambar itu lah bukti kehidupan kami. Kehidupan yang serba sederhana tapi penuh warna warni.

Akan tiba jua saat tua aku..hanya masa menunggu.

Thursday, August 19, 2010

Hati Adam dan Hawa

Aku tidak terkejut mengapa banyak pihak mula bersuara akhir-akhir ini. Begitu kerap sekali berita bayi terbuang menjadi cerita utama di surat-surat khabar. Semua mulai memberi pandangan dan tidak terkecuali pihak-pihak yang meluahkan rasa bimbang mereka. Sehinggakan hukuman mati turut dikatakan akan dikuat kuasakan kepada mereka yang didapati bersalah.

Pagi tadi sewaktu aku membelek surat khabar, terjumpa aku satu cerita pendek. Cerita pihak yang mempersalahkan sambutan tahun baru dan hari kekasih sebagai menyumbang kepada kelahiran bayi bayi itu.

Bagi aku, aku tidak faham mengapa pihak ini mempersoalkan sambutan ini. Betul sambutan ini berlaku pada tengah malam, rata-rata remaja dan muda mudi. Sambutan ini dirayakan oleh seluruh manusia. Jadi apa kena mengena sambutan ini dengan pembuangan bayi-bayi ini.

Selain itu, kemudahan mendapatkan video-video lucah yang boleh dimuat turun di internet turut di jadikan alas an kepada faktor pembuangan bayi.

Aku yang tidaklah begitu cerdik, merasakan bahawa menyalahkan sambutan tahun baru dan industri filem lucah sebagai pernyataan yang kurang bernas. Adakah dengan mengharamkan sambutan perayaan itu akan mengurangkan kejadian- kejadian ini? adakah dengan menyekat penggunaan internet juga akan mengurangkan hawa nafsu seseorang?

Sokongan hujah ini diselitkan dengan kejadian seks bebas antara muda mudi. Dikatakan pada tarikh 1 januari tiap tiap tahun akan menjadi musim seks bebas bagi remaja. Seperti malam itu malam bersenyawa antara satu sama lain. Tidak kurang juga dengan pengaruh cerita cerita lucah. Kononnya aksi aksi ini akan ditiru oleh mereka.

Adakah kita semua lupa kisah Adam dan Hawa. Bila mana mereka dicampak keluar dari syurga ke dunia ini. Permulaan semua ini adalah kerana Adam dan Hawa tewas kepada pujuk rayu nafsu. Hawa nafsu, perasaan, naluri adalah sifat semula jadi manusia. Adam dan Hawa tidak terlepas dari mempunyai perasaan ini.

Jika segala perayaan di negara ini diharamkan, masalah bayi dibuang tidak akan selesai. Menutup pintu-pintu gerbang ke laman lucah juga tidak akan berjaya menutup pintu nafsu manusia. Mengenakan hukuman mati sekali pon tidak akan mematikan syahwat manusia. Ini jelas kerana manusia yang lahir itu diciptakan dengan akal dan nafsu.

Sudah tiba masanya semua pihak membuka mata dan minda. Mempersalahkan sambutan perayaan, industri filem lucah dan hukuman mandatori tidak akan menyelesaikan masalah ini. Sudah tiba masanya sistem dua parti di negara ini berfikir langkah yang lebih realistik dan tidak mengikut emosi. Juga sudah tiba masanya, pengajaran seks di ajar di sekolah.

Cara mendidik adalah langkah yang terbaik. Langkah ini tidak akan berjaya di dalam jangka masa pendek. Ini langkah jangka panjang. Tiba masanya pelajar pelajar dididik soal menjaga diri dan cara pembawakan diri. Proses pembelajaran akan mematangkan pemikiran anak anak muda. Jika diajar, tidaklah mereka ini memandai-mandai membuat eksperimen. Sekurang-kurangnya mereka sudah diajar tentang kemungkinan kemungkinan yang bakal terjadi jika melakukan seks bebas. Dan juga perlu diajar bahawa jika sekiranya mereka terlanjur, tidak lah digugurkan kandungan itu atau dibuang apabila ia dilahirkan. Perlu dididik ajar mereka ini supaya bertanggungjawab keatas apa yang mereka lakukan.

Bagi aku, lebih baik bayi itu dibesarkan daripada ianya dibunuh atau dibuang. Membunuh itu jauh lebih jahat dari membela satu nyawa yang tidak berdosa. Membela satu nyawa yang suci adalah jauh lebih baik walaupon anak itu tidak dilahirkan dengan lafaz nikah.

Kesimpulannya, segala nafsu itu datang kerana kita semua adalah manusia. Sebagai manusia kita diberi akal dan nafsu dan jika akal itu diasah dengan ilmu dan kefahaman, pasti nafsu itu dapat dikawal. Cara terbaik adalah cara mendidik. Masih lagi jauh untuk mencapai matlamat atau menengok hasil nya tetapi, selagi tidak dimulakan, masyarakat tidak akan berubah dan tidak akan belajar untuk berubah.

Thursday, August 12, 2010

Juadah Berbuka

Asap putih dari kotak merah, Masuklah ke dalam paru paru, Marilah bersemadi dengan ku

Asap putih pencetus kanser, Masuklah menumpang, masuklah membiak, beri aku ketenangan

Asap putih dari sebatang pendek, sehari aku kempunan, tiba masa untuk bersekedudukan

Sambil Robert Plant menyanyi kita berkhayal menari Dream On katanya siapa yang peduli

Monday, August 9, 2010

Cerita Bulan Berahi

Aku ingin berkongsi cerita. Cerita di bulan puasa, Bukan hanya untuk bercerita, tapi untuk gelak ketawa.

Cerita ini berlaku kira-kira 6 tahun lepas. Waktu itu umur aku 18 tahun baru selesai SPM. Tiada kerja, tiada duit dan tak berguna. Begitulah hidup aku tapi aku sangat gembira dengannya. Merayakan kehidupan.

Bila tiba bulan puasa, perasaan malas untuk bersahur begitu menebal. Rasa haus dan lapar membuak-buak. Walaupon setan diikat, terasa seperti ada yang terlepas, ada saja yang menghasut. Orang sahur aku sahur, orang sembahyang aku tidor.

Pada suatu hari, entah hari keberapa puasa, aku berjaya menahan lapar dan dahaga. Sepanjang hari. Tak teringin langsung nk minum dan makan. Aku berbangga. Setan kecewa.

Waktu berbuka hampir tiba, tinggal lagi 2 jam. Bazar pon sudah mula memasang payung, awek-awek kampung semua berkeliaran, mat mat motor sebuk memulas enjin. Bingit. aku mencarut. Kurang satu pahala. Setan mula tersenyum melihat gelegat aku. Mata sudah mula melihat gadis gadis. Meliar. Sekali lagi dia tersengih, kali ini nampak giginya yang merah. Setanlah!.

Air tebu, air soya, apam balik, kuih koci, ayam golek, jagung rebus, putu mayam, air kelapa, mee goreng, char kuew tiaw, aahhh kau sebut saja. Nafsu serakah mula gundah. Aku tidak tenteram melihat air tebu ayam percik dan roti john. Aku pon membeli dengan niat mahu berbuka nanti.

Oh ya lupa, aku ditemani saorang rakan. Rakan yang dari kecil sudah aku kenal. Sejak dari umur aku 5 tahun. Dia pon begitu sama juadah yang kami beli. hati puas berjalan kaki pulang. Matahari semakin lembik turun ke barat. Cantik sungguh petang itu. Secantik ayam percik dan air tebu.

Dipertengahan jalan, datang si setan itu. Tak pula aku nampak susuknya, tapi aku boleh rasa dan dengar suaranya memanggil-manggil.Hati terdetik, lalu aku berkata-kata, pukol berapa sekarang ngah? (nama manja kawan aku). 6.15 katanya.
Uish lagi 50 minit. Setan terus menunjuk arah berjalan. Sampai aku disatu semak. Semak rimbum yang terlindung dari mata kasar manusia. "Masuklah kesitu" kata setan itu.

Seperti di 'posses' aku menurut kata makhluk itu, Si Ngah tadi pon seperti setuju. Dalam tidak disedari kami sudah berada di dalam semak itu. "Apa lagi bukalah seluar' Eh bukan, tersasul kata setan itu, Bukan buka seluar, bukalah juadah itu. Masih panas lagi ayam percik air tebu tu nanti suam tak sedap. Makan lah cepat, cepat!

Tanpa berfikir dua kali, zasss..zaapp errkk kami melantak. Tiba-tiba muncul pulak mak cik entah dari mana. Kelam kabut aku, sampai jatuh ayam percik aku ke tanah. Semak yang tadi tenang tiba-tiba bergerak gerak, seperti ditup angin kencang. Dari celah celah itu, aku nampak orang tua itu berhenti, tercegat melihat semak yang tiba-tiba menjadi ganas. Aku tidak pasti samaada dia nmpk atau tidak kelibat kami. Yang pasti dia berlari kembali ke rumahnya. Takot agaknya mak cik itu.

Ayam aku sudah jatuh air tebu dan roti john sudah habis. Tak punya lagi erti kami melihat kanan dan kiri, terasa seperti free kami melompat dan berlari, cuba untuk tidak dilihat oleh sesiapa, kami sampai juga dirumah. Berlagak seperti ahli sufi yang solehin.

Jam di dinding sudah pukol 7pm. Lima minit selepas itu si tukang azan melaungkan bang, aku yang sudah kenyang tiba2 tersedar yang setan itu tiada lagi, kemana makhluk kecil tadi? Rupa-rupanya dia sudah berlari, tersenyum berseri2, satu lagi anak adam tewas dengan pujuk berahi. Apa yang tinggal hanya dosa dikiri dan gelak ketewa sampai ke hari ini.

Selamat Berpuasa untuk semua semoga hidup ini terus berseri...

Sunday, August 8, 2010

Terima Kasih Melissa

Datang lah ke tingkap aku
Walau ia jauh seribu batu

Datanglah ke tingkap aku
Walau ribut tiba bertalu

Datanglah ke tingkap aku
Walau aku tiada, jangan sekali kau buntu

Kalau ia terkatup janganlah kau hampa
Kalau ia terkunci janganlah kau terus membenci

Datanglah ke tingkap ini
Esok atau lusa suka hati

Datanglah ke tingkap ini
Aku akan tetap memberi

Datanglah ke tingkap ini
Kau hanya akan membawa seri

Dunia pasti iri hati melihat kita tersenyum dibawah matari.
Bulan kelam tak bercahya kecewa membawa diri
Tapi kita masih punyai bintang bintang yang tidak akan jauh lari..

-Diadaptasi dari Melissa Etheridge 'Come to my window'

Wednesday, July 28, 2010

Aku itu Perempuan Jalang

Hoi betina jalang! Hoi perempuan sundal! Hoi sial!

Aku sudah lali dengan caci maki, lali dengan sepak terajang, lali dengan semuanya. Kau nak sepak, ha sepak lah, kau nak ludah, ha ludah lah, aku dah x peduli. Apa lagi kau nak buat?

Itu lah aku perempuan jalang, hidup aku bukan seperti kau. Hidup aku kotor, jijik, busuk, dan hina. Tapi aku tak peduli.

Lorong lorong gelap disitulah tempat kerja aku. Rumah rumah merah disitulah pejabat aku. Yang datang jantan gersang entah dari mana. Putih hitam gemok pendek semuanya datang mencari aku kerana aku pemuas nafsu kaum Adam. Aku tak peduli.

Kau rasa aku mahu hidup begini? Kau fikir aku suka mengangkang untuk anak-anak aku makan? Kau fikir aku bodoh? Siapa yang salah? Tuhan? Aku? Atau engkau?

Hinalah aku kerana aku perempuan jalang itu, hukumlah aku kerana aku perempuan jalang itu, sumpah lah aku, ludah lah aku kerana aku perempuan jalang itu.

Kerana aku tahu kau lebih hina dari aku, kau lebih jijik dari aku, aku x peduli berapa surah yang kau hafal berapa hadis yang kau ingat. Kerana setiap kali lelaki-lelaki gersang itu datang, kau tiada di sisi aku untuk membawa aku jauh dari tempat itu. Kau tiada disisi aku menolak jantan-jantan itu pergi.

Kerana ketika itu kau asyik mengumpul amal untuk diri kau sendiri. Aku hanya boleh bermimpi agar suatu hari akan datang malaikat membawa aku pergi kerana aku itu perempuan jalang.

Monday, July 26, 2010

Mencari Nya

Jam hampir 1 pagi, aku leka dengan tawaran dunia, gelak tawa dan asap rokok pendamping setia. Aku hampir lupa semuanya. Semuanya..

Di atas jalan raya semuanya laju memecut, aku tersedar seketika. Melihat sebuah motorsikal usang ditunggangi Si ayah. Sang ibu pula di belakang. Dipangku anak kecil yang terlelap ditengah-tengah. Anak itu berkaki ayam sahaja. Seribu satu macam persoalan mula timbul.

Aku terjaga melihat susuk itu. Mana agaknya hala tuju si ayah. Apa harapan si ibu, apa impian anak itu. Apa hajat mereka. Perasaan aku kuat berkata mereka bukan orang senang.
Aku bukanlah hambaNya yang taat. Aku juga bukan penyampai sirah Nya yang betul. Aku sama seperti engkau. Ya engkau engkau dan engkau. Aku dan kau masih mencari. Lampu lampu neon yang berkelip, bunyi-bunyian yang asyik itulah yang kita dipertemukan sepanjang jalan.

Demi tuhan sekalian alam, tiada niat aku mempersoalkan kuasaNya. Aku juga tiada niat untuk mempersoalkan kepercayaan engkau engkau dan engkau. Demi Zeus, Demi Isa, Demi Krishna kita semua adalah hambaNya. Aku ulang, aku tidak mempersoalkan kepercayaan kau.

Tapi ramai dari kita pada waktu ini sedang asyik tidor di katil empuk berselimutkan kain sutera. Tidak kira apa tuhan engkau, kita tidor pada alas yang mewah. Tapi dimana agaknya anak kecil itu tidor? Atas lantai papan? Sudah sampaikah mereka?

Aku tersedar betapa hampirnya Ramadhan. tetapi sebelum tibanya saat itu, marilah kita berfikir sejenak. Berapa banyak harta yang telah dikumpul? Berapa banyak pahala yang diterima? Sebagai manusia, itulah harapan kita. Tapi tiada gunanya hidup aku dan engkau jika kita hanya mahukan pahala untuk diri agar dijauhkan dari neraka.

Bagaimana dengan hidup si ayah Ibu dan anak itu? Adakah kita mahu membolot semua pahala itu? Sanggupkah engkau melihat anak kecil itu menangis? Aku dan engkau kita semua sudah merasa syurga dunia. Kita mampu ketawa bergurau mesra didalam syurga sendiri.
Tapi keluarga itu, dimanakah syurga mereka?

Malam ini jam 2pagi, bersaksikan bulan dan bintang, marilah kita berkongsi syurga sesama manusia. Janganlah dikejar pahala untuk kocek sendiri. Berilah ruang pada mereka untuk merasa syurga yang pernah kita semua rasa. Berilah mereka katil empuk, berilah mereka roti segar, berilah mereka perlindungan dari bala bencana.

Jika hanya pahala semata-mata yang kau cari, tiada gunanya engkau mengaku menjadi manusia. Demi Tuhan sekalian alam, Demi Isa Zeus dan Krishna marilah kita bersumpah membahagikan syurga dan pahala pada mereka. Pada semua ayah ibu dan anak sekalian alam.

Dan janganlah engkau lupa, syurga engkau hanya tembok emas kosong yang tiada nilainya. Berbuat baik bukan ertinya mengumpul pahala. Berbuat baik ertinya menolong yang lain agar hidup sejahtera.

Sanggupkah kita melihat mereka hidup dalam neraka dunia ini wahai manusia?

Aku bukan menulis untuk dilihat baik Aku menulis kerana aku hambaNya yang lalai.

Tuesday, July 6, 2010

Syahadah

Tanpa kita sedari kita semua menganuti satu agama yang sama, bila masanya kita semua mengabdikan diri pada tuhan baru ni ramai yang tidak sedar. Dalam diam diam'nabi nabi' terpilih telah diturunkan untuk kita menganut agama baru ini.

Sebenarnya ramai yang alpa, agama ini telah beribu ribu tahun tersebar, cuma kita saja yang kurang sedar. Ramai menjadi pengikut setia, menjadi ulama agama ini.

Tapi sebulan lalu agama ini menjadi hip menjadi trend dan ikutan. Kitab-kitab, surah dan dalil tentang agama ini tersebar luas. Ramai kembali yang kembali ke pangkal jalan.

Setiap malam upacara meriwayatkan agama ini berjalan lancar. Lelaki wanita tua muda semuanya ada. Ketika upacara berjalan, semua nya menggigit kuku, tanda patuh dan gentar. Ada yang memekik 'oo' ketakutan dengan azab yang mendatang.

Apa yang jelas apabila tiba saatnya semua meungkap satu kalimah. Kalimah 'syahadah' sebagai tanda doa dimakbul, tanda taat, tanda syukur. Kalimah GOAL..

*agama itu adalah bola sepak, nabi itu adalah pemainnya, kitab itu adalah majalah, surah itu adalah komentarnya, ulama itu adalah kita, masjid itu adalah stadium kedai mamak dan dataran, syahadah itu jeritan GOAL..

Tuesday, June 29, 2010

Surat kepada siapa

Akhirnya kisah itu berakhir, sebuah cinta lama yang berbunga mekar gugur layu ke bumi sementara.
Lalu dia menulis surat kepada semangatnya sendiri. Ingin diberi pada cintanya tapi tidak berdaya.
Isi suratnya berkata-kata sedih mengaku bahawa dia tidak pernah impikan semua ini berlaku. Tidak mahu temboh kukuh yang penuh rasa rindu kecewa hampa itu runtuh. Dia mengaku satu persatu, setiap kenangan menjadi igaun, setiap gelak tawa mengukir senyuman rindu, setiap sentuhan berahi menjadi ingatan debu ketika hati masih berpadu. Di dalam helaian kertas itu diselit juga mimpi mimpi indah dahulu. Kata-kata dan janji mesra. Semua itu menjadi hiba. Dia yang sebelum ini gembira kini tidak lagi mampu mengenang. Hantu kenangan iblis rasa menghantui gelodak jiwa. Surat itu tidak berani diberi. Mahu saja dibuang surat itu ke lautan dalam, mahu saja wajah itu dibakar lahar, mahu saja nama itu dibuang merata. Tetapi surat itu masih bersama meskipun mimpi-mimpi indah telah dibuang seolah olah ianya bernyawa. Surat itu tidak lut dijilat api, surat itu tidak rosak dimamah angin. Dia hanya mahu cintanya tahu isi hati nya , tapi tidak sanggup dia berikan surat itu..lalu surat itu ditanam di kalbu lalu surat itu menjadi hati si dia, hati si penulis. Surat itu akan mati jika si dia tidak lagi bernafas..suatu hari kelak surat indah itu akan sampai jua kepada cintanya. Cinta agung yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

Cerita yang paling aku minati

LALU AKU KE SANA SEKALI LAGI

Aku ke sana sekali lagi satelah 35 tahun. Kau belum lahir lagi ketika aku melintasi lorong di hadapan rimbunan buluh itu. Kau masih lagi disimpan di laut Kalzum – ibu kau belum bertemu dengan ayah kau lagi. Ketika itulah aku telah memulakan langkah berkelana mencari diri.

Tidak mungkin aku akan melupakan rimbunan buluh itu. Bagitu tegoh ianya berdiri bersama tebing. Inilah dia setia aur kepada tebing. Inilah dia setianya pejalanan orang kiri – teguh dan tidak pernah runtuh-runtuh mengabadi kepada yang tertindas.

Kesahnya bagini : Tahun 1974 – aku di cari polis. Maka aku wajib mengundur diri. Kemana? Tidak aku tahu satu tujuan khusus. Yang penting aku wajib meluluskan diri melintasi sempadan. Lari untuk menyelamatkan diri.

Ceritanya panjang. Lalu aku pendekkan disini. Kerana bukan itu yang hendak aku ceritakan disini. Hari ini aku hanya ingin bersurah tentang buluh itu. Buluh yang menjadi saksi di satu senja 35 tahun dahulu.

Petang Sabtu lalu aku di Kota Bahru – lalu aku ngelincir lari meninggalkan kota menuju arah ke utara. Tiga puluh lima tahun dahulu aku telah melintasi jalan ini. Tiga puluh lima tahun dahalu jalan ini tidak sesibuk petang Sabtu yang lalu.

Tiga puluh lima tahun dahulu aku memilih lewat petang untuk melalui jalan ini. Ini pun setelah si Lelaki kawan aku pergi melintasi terlebih dahulu dan mengira ada berapa garisan polis dan soldadu yang menghalang jalan. Tiga puluh lima tahun dahulu Tanah Merah adalah pentas gerila. Weng adalah laman operasi antara gerakan gerila PKM. Soldadu dan polis yang seragam dan tidak seragam berdiri merata-rata.

Untuk ke sempadan aku menyewa sebuah teksi dan diapit oleh dua Cik Mek Molek yang tidak pernah aku kenali namanya. Cik Mek Molek yang tidak pernah aku tahu namanya menjadi pendinding untuk aku mengkaburi mata polis dan soldadu. Kami mahu dilihat sebagai pasangan yang bercanda dan bercengkerama di luar sempadan.

Di manakah Cik Mek Molek ini sekarang? Apakah telah berumah tangga? Apakah telah beranak dan bersuami. Tidak - aku tidak akan melupakan Cik Mek Molek ini. Setiap kali aku di Kota Bahru mata aku liar mencari-cari apakah akan muncul Cik Mek Molek ini sekali lagi kerana aku ingin menyampaikan kata kata terima kaseh yang tidak sempat aku luahkan pada senja itu.

Dari kota ke kota aku berjalan - setiap kali aku melihat gadis-gadis dan perempuan yang berdiri di gigi pintu rumah merah setiap kali aku teringatkan Cik Mek Molek dari Kota Bahru. Sekarang kau tahu kenapa aku tidak ada memiliki apa-apa nilai moral untuk merendahkan murtabat mereka. Kau yang mengetuk dada mengakui memiliki moral yang tinggi mungkin melihat mereka rendah kerana mendagangkan diri. Tapi untuk aku semua mereka adalah kaum revolusiner yang pernah menyelamatkan aku menlintasi sempadan.

Kereta yang kami sewa melintasi dua hadangan polis. Kawan aku si Lelaki yang menjadi perintis jalan berlagak mesra dengan sang polis. Sang polis menjengok ke dalam kereta. Mereka melihat aku diapit oleh dua Cik Mek Molek - maka kereta kami tidak di ganggu.

Di hadangan ke dua kerana telah lewat petang sang polis hanya mengarahkan kami bergerak cepat sebelum sempadan ditutup. Sempadan Golok/Rantau Panjang tutup jam enam. Ini jam enam dizaman itu - dimana matahari telah agak lama ditelan bukit.

Ketika kami sampai sempadan telah ditutup. Rantau Panjang ketika itu kelihatan daif. Dalam ingatan aku pekan ini hanya ada dua deretan kedai papan dan beberapa buah kedai batu. Ini adalah pertama kalinya aku sampai ke Rantau Panjang. Tetapi pekan ini telah banyak aku dengar surahnya terutama dari kawan di sebelah katil aku ketika aku di Kolej Melayu. Rantau Panjang dan Golok adalah pekan penyuludupan dimana beras , gula dan sex jadi dagangan.

Turun dari teksi aku tercegat berdiri dan tidak mundar mandir. Ini menghairankan Cik Mek Molek. Lalu kawan aku si Lelaki mengajak Cik Mek Molek pergi meleser dan mundar mandir melihat-lihat barangan di dalam kedai. Aku terpacak di tepi sebuah kedai tidak berani memunculkan diri. Kemudian kawan aku si Lelaki sekali lagi pergi merentas untuk melihat apakah jalan belakang tepi sungai itu selamat untuk aku lalui.

Mukhabarat polis dan tentera pasti berkeliaran. Tapi aku telah kacak berjangak diri dan bergaya. Kumis dan janggut aku telah lama hilang. Aku anak muda yang datang ke pekan sempadan ini untuk berdansa dan becanda.

Senja hampir sampai. Gelap telah datang. Kawan aku si Lelaki datang dan mengatakan masih ada SB menunggu di tepi tebing. Dada aku berdebar-debar. Jika kau melalui apa yang aku lalui maka kau akan bersimpati dengn aku. Di hadapan aku dunia kebebasan. Di belakang aku adalah penjara musuh. Yang wajib aku lintasi hanya sebuah sungai.

Cik Mek datang kembali meminta aku berjalan bersaing sama. Lalu kami berjanji dengan Cik Mek Molek untuk makan bersama. Mereka hanya perlu bersabar dan si Lelaki kawan aku meminta mereka menunggu kami di warong makan. Kawan aku pergi sekali lagi untuk melihat jalan.

Nah ! Kali ini dia hanya menunjukkan ibu jarinya. Aku menoleh ke belakang. Melihat sekali lagi untuk merakamkan ingatan kali terakir aku akan bumi kelahiran yang akan aku tiggalkan.

Kami menapak menuju ke tebing Sungai Golok. Aku berdiri menunggu di tepi rimbun buluh. Sebuah rakit buluh sampai dari seberang. Senja telah sampai. Aku teringat lagi – aku memakai baju kuning lengan pendek dan berLevis hitam. Sepatu yang dimiliki oleh seorang kawan dari Universiti Malaya. Aku tidak memakai stokin pada petang itu. Ditangan - sebuah plastik beg yang didalamnya satu persalinan lagi. Ini sajalah harta aku ketika aku melintasi sempadan.

Nah petang Sabtu yang lalu – ketika Kongress PKR berjalan di Kota Bahru – aku datang ke Rantau Panjang untuk melihat kembali jejak jejak lama aku. Bayangkan betapa gembiranya aku apabila aku melihat pokok buluh itu masih tegak berdiri. Sungai Golok masih mengalir lesu. Lorong yang aku ambil tiga puluh lima tahun dahulu kini ada tangga batu. Rakit buluh telah diganti dengan rakit perahu kayu.

Pada petang Sabtu lalu – aku duduk ditepi tebing sabentar untuk melihat air sungai yang keroh dan kuning. Perahu-perahu kayu berlabuh di dalam sungai. Lorong belakang ini masih tidak berubah. Ianya masih jadi laluan gelap untuk sesiapa sahaja.

Tiga puluh lima tahun dahulu dari tebing inilah aku menyeberang untuk mencari kebebasan. Rimbunan buluh inilah yang menjadi saksi. Aku hanya membayar dua puluh sen kepada anak muda tuan empuya rakit buluh yang membawa aku ke dunia bebas.

Petang Sabtu lalu , ketika aku duduk ditebing Sungai Golok - aku perhatikan pohon pohon buluh itu - lalu ingatan ingatan lau datang kembali kepada dua Cik Mek Molek yang aku bermungkir janji. Pasti mereka menunggu aku di warung makan itu. Pasti mereka menganggap aku jantan pendusta kerana tidak sampai-sampai. Betapa bersalahnya aku di senja itu. Tetapi jika mereka tahu apa yang mereka telah lakukan maka aku yakin mereka adalah revolusiner di barisan hadapan.

Satelah kau mendengar surah ini dan jika kau ada bertemu dengan si Cik Mek Molek yang aku ceritakan ini maka kau sampaikan terima kaseh aku. Dan katakan juga aku meminta maaf kerana pada petang itu aku telah mungkir janji. Kau katakan juga pada petang Sabtu yang lalu aku telah datang kembali sebagai tanda setiakawan aku walau pun aku terlewat tiga puluh lima tahun.(TT)

( dari nota- nota ingatan Tukar-Tiub )

Monday, June 21, 2010

Tamat

Sedikit demi sedikit batu bata penjara pudu runtuh..lama kelamaan batu itu semua nya runtuh dan hanya debu yang tinggal. Tembok konrit sepanjang dinding juga tumbang. Tapi dulu tembok itulah menjadi pemisah.
Aku sempat ke sana semalam. Memegang sambil memuja tembok batu itu. Dipuja agar bangkit roh yang lama mati agar tempat itu kembali berseri. Tapi syang ia tidak menjadi. Yang jelas tahun ia siap dibina 1895 masih ada. Lukisan mural sedikit sopak dimakan cuaca.
Beberapa tahun lagi bila siap bangunan baru lihatlah kegagalan manusia menilai erti pengorbanan dan nilai kemanusian. Bangunan baru itu tidak mungkin dapat mewarnai kisah pelangi di situ satu masa dahulu.
Jerit tawa titis air mata sang penghuni dulu akan berteriak lebih garang kerana meratapi kehilangan sejarah lama. Apakan daya.
Manusia muda akan terus lupa kisah hidup masyarakat sebenar dan ditipu hilai tawa dunia rakus. Semua terkambus. Kesedaran sesama manusia hancus.
Malam itu aku memegang tembok karat habok kotor bangunan itu untuk merasai pahit manis rupa wajah manusia penghuni di istana neraka suatu masa dahulu. Aku palitkan tangan ke dinding agar dapat merasai sisa buangan sejarah manusia agar beringat sampai bila bila.
Semoga rasa pahit manis tawa tangis itu kekal abadi.
Tamat.

Saturday, June 5, 2010

Yunus Ali dan Rachel Corrie

Buat beberapa minggu ini heboh satu Malaya akan cerita tentang kapal laut membawa bantuan makanan dan ubat ubatan ke Palestine yang di gasak tentera zalim zionis Israel. Nama kapal itu Rachel Corrie. Ia sempena nama minah Amarika yang terbunuh di Gaza pada tahun 2003. Pada tahun 2003 itu, aku sendiri masih belom secara jelas memahami isu sebenar Palestine. Cuma sekadar tahu sikit-sikit saja tetapi Rachel dari Olympia ini sudah terlibat didalam menegakkan keadilan di sana.

Rachel Aliene Corrie terbunuh pada 16 March 2003. Wanita ini menemui ajal dengan cara yang kejam. Dia dilenyek bulldozer tentera Israel sewaktu melutut mehalang kenderaan ini menghancurkan rumah milik rakyat Palestina. Corrie, salah saorang ahli International Solidarity Movement telah mengambil cuti selama setahun bagi merantau ke Gaza semasa Kebangkitan kali kedua (second Intifada).

Jika dibayangkan, keberanian wanita ini tiada tolok bandingnya. Secara jujur aku sendiri tidak berani untuk melakukan apa yang Rachel telah lakukan. Menjadi tembok manusia dan dilenyek bulldozer yang bertan beratnya. Besar sungguh hati wanita ini. Keberanian Rachel tidak dapat digambarkan. Lalu namanya dipahat di Kapal Laut, di sebatang jalan di Ramallah (Rachel Corrie St) dan di London, satu teater My Name is Rachel Corrie turut di pentaskan.

Yunus Ali, saorang aktivis mahasiswa Universiti Malaya, bekas tahanan ISA dan bekas perajurit komando dari badan Fatah (PLO) telah lama berada di Lebanon sewaktu zaman mudanya. Bersama-sama rakyat Palestin lain, Yunus mengangkat senjata melawan zionis Israel dan tentera Falangis di Beirut. Kini umur hampir 60an, beliau sedang uzur berehat dirumah. Cuma kisah dan pengalaman nya yang dapat aku dengar.

Awal jumaat lalu, aku tidak ke jalan raya untuk berdemo menentang tindakan kejam Israel yang menyerang kapal kemanusiaan. Sebaliknya aku melawat Yunus yang sedang uzur bersama Rahmat. Bagi aku melawat Yunus adalah sama seperti turun kejalan raya berdemo kerana beliau juga adalah sebahagian dari sejarah dan kisah rakyat Palestina.

Kisah Rachel Corrie dan Yunus Ali adalah kisah keberanian dua hati yang sanggup mati untuk menegakkan kebenaran. Dua hati ini tidak mungkin dimiliki oleh jutaan hati manusia yang lain kerana untuk mati dilenyek bulldozer dan mati dibom memerlukan lebih dari sebuah hati. Hanya Rachel dan Yunus sahaja yang tahu....

Paletin hanya untuk rakyat Palestin.

Saturday, May 15, 2010

1992

Tahun itu tahun 1992, teratak usang yang sudah berusia lebih 50 tahun penuh dengan saudara. Aku yang masih belom potong lagi ketika itu hairan mengapa hari ini penuh saudara. Apa yang istimewanya?

Jam 8 malam. Set TV jenama National 15 inchi sudah dipasang. Tidak pula dipasangnya berita RTM seperti selalu. Aku duduk diriba arwah Mariam, makcik aku. Ditangan nya dipegang sirih, dan disapu kapur untuk di jadikan sempal. Sepupu aku ramai yang tidak sabar menunggu di depan set TV. Beberapa minit kemudian semua bersorak. Rupanya ada perlawanan Badminton. Hari itu aku tidak tahu sejarah bakal tercipta. Mariam memberitahu aku Malaysia bertemu Indonesia pada aksi akhir.

Aku sudah mengenali kelibat Rashid Sidek. Namanya cukup popular ketika itu. Lawannya waktu itu adalah Ardy Wiranata, nombor satu Indonesia. Sengit memang sengit hampir roboh teratak usang itu. Riuh nya semacam dirasuk setan.

Ketika itu arwah Mariam berkata pada aku yang teruja dengan suasana riuh rendah itu. Indonesia main taktik kotor. Dibawa nya bomoh dari sana. Aku yang teruja percaya. Tetapi bomoh Malaysia lebih handal. Kita menang malam itu dan suasananya gamit. Pekik terlolong semuanya merayakan kemengangan negara.

Kini 18 tahun selepas itu, Mariam pon sudah tiada, saudara semua ramainya sudah berkeluarga. Set TV sudah lebih besar inchi nya siap dengan dikoder astro untuk penghibur. Namun, tiada pula pekik lolong seperti 18 tahun dahulu. Tiada lagi sirih dan kapur hanya rokok sebagai pengganti. Semuanya tidak sama.

Tetapi hari itu, tidak akan aku lupakan kerana hari itu, tanggal 16 May 1992, Malaysia menjulang Piala Thomas dan jerit pekik keramat itu seperti baru semalam menggamit telinga aku.

Monday, May 3, 2010

28-4-10

Malaya sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kematian remaja berumur 15 tahun. Satu Malaya ingin tahu cerita ini, semua orang membuka mulut tentang cerita ini, semuanya dengan teori dan pandangan sendiri. Ada yang simpati pada keluarga arwah ada juga yang mempersoalkan keluarga arwah dan tidak kurang juga pada yang bersikap adil di dalam hal ini.

Aku pula bukan mahu bercerita tentang bagaimana arwah boleh keluar jam 12 tengah malam, dan aku tidak mahu mempersoalkan mengapa polis perlu menembak dari arah belakang. Semua ini telah dibincangkan oleh semua orang baik dari kampung dan di bandar. Apa saja yang berlaku telah ditakdirkan, biarlah keluarga menuntut keadilan dan polis menyiasat.

Cumanya kita yang memerhati dan membaca kes ini tidak langsung peduli apa yang bakal berlaku pada rakyat Malaya. Kisah trajik ini akan menjadi bahan sejarah yang akan mendidik semua rakyat Malaya. Jika tidak kerana kematian trajik ini, rakyat tidak langsung ambil peduli tentang beberapa kes kematian yang melibatkan unsur-unsur kelalaian pihak tertentu. Berapa ramai yang sudah mengambil berat tentang kematian Beng Hock, Kugan dan Norizan yang ditembak 5 kali? Berapa ramai pula yang sudah mula membuka buku tentang prosedur pihak polis sebelum menembak seseorang? Berapa ramai yang sudah mula membaca tentang isu-isu hak asasi? Apa yang pasti jumlah nya sudah meningkat.

Buktinya, di dalam 24 jam, 10,000 orang sudah menunjukkan sokongan dengan menjadi penyokong di laman Facebook, dan di dalam masa seminggu, angkanya sudah menjadi 57,000. Dan di dalam 57,000 semuanya mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Terdapat beberapa perbalahan pendapat di dalam topik-topik yang diterbitkan tetapi ini semua proses mematangkan rakyat Malaya sendiri. Malaya sudah berani membincangkan hal-hal sebegini dan sudah mula mengambil berat tentang kehilangan satu nyawa, nyawa bangsa Malaysia.

Jika dahulu, cerita cerita begini tidak begitu disensasikan kerana kononnya akan membawa perbalahan tetapi kali ini buktinya tragedi ini membawa satu pendekatan berbeza. Rakyat Malaya sudah mampu bersuara dan bertelagah pendapat untuk membela nasib satu nyawa yang di bawa pergi.

Jika sebelum ini suara Beng Hock Kugan dan Norizan tenggelam tetapi kali ini suara Aminulrasyid didengari rakyat Malaya. Apa sahaja keputusannya perlu diserahkan kepada keluarga dan pihak berkuasa untuk menyiasat. Rakyat Malaya perlu terus membuka buku dan bertukar pandangan agar tidak mundur.

Salute kepada Aminulrasyid.

Thursday, April 15, 2010

Sejarah

Mendengar cerita bahawa penjara berusia 114 tahun di bandar raya Kuala Lumpur bakal dirobohkan adalah seperti mendengar cerita dongeng. Benarkah penjara klasik itu bakal hancur dan ura-ura kedengaran yang ia bakal diganti dengan sabuah pasaraya yang gah?

Jika ini benar maka tindakan merobohkan penjara klasik itu adalah tidak masuk akal sekali. Bayangkan penjara yang menyimpan seribu satu makna bakal menjadi pasir dan hanya gambarnya sahaja yang boleh dilihat di muzium. Dimana cerita Botak Chin akan pergi? Adakah ia akan lenyap begitu sahaja?

Di dalam tamadun manusia sejarah dan bukti sejarah adalah amat penting bagi membina satu institusi maysarakat yang kuat dan merupakan satu rupa yang kuat bagi menceritakan sejarah tamadun tersebut. Contohnya, sebelum revolusi iran, karya seni dari seniman terkenal seperti Picasso adalah dilarang sama sekali untuk tatapan umum, walaupon begitu karya tersebut tidak dibakar dan dibuang ia di masih disimpan di muzium kontemporari di Tehran dan selepas revolusi iran karya-karya seniman itu masih lagi wujud dan tersimpan elok di muzium tersebut. Jadi anak muda iran masih lagi bebas melihat karya Picasso walaupon sudah beratus tahun berlalu.

Di Afghanistan pula kesan perang soviet masih lagi ada. Di tepi-tepi jalan raya, sisa kereta kebal soviet masih lagi tersadai dan bukan saja satu tetapi beratus-ratus sisa kereta kebal. Kesan sejarah perang soviet masih lagi wujud dan boleh dilihat. Walaopon di bawah regim taliban, taliban tidak menghancur kesan perang tersebut, itu semua kesan dan cerita sejarah. Cerita untuk masyarakat tempatan mengenang dan mengingati cerita tamadun mereka.

Di Vietnam, lobang-lobang perang, tempat persembunyian viet-cong tidak diturap. Semuanya disimpan dan dikenang. Supaya cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi. Cerita ini bakal berkembang dan terus berkembang.

Sayang nya disini, salah satu kesan sejarah akan diruntuhkan untuk membina satu bangunan yang boleh dilihat dimana-mana. Sejarah beratus tahun, beribu cerita, berjuta kenangan lenyap begitu saja. Apa yang tinggal hanya gambar dan coretan di buku-buku lama. Penjara lama itu bakal tidak boleh dilihat dan dipegang. Ini lah cara kapitalis, demi wang apa sahaja menghalang akan dirobohkan, demi perut masing masing, manusia pada masa hadapan akan rugi dan rugi dan rugi.

Sejarah adalah bukti keagungan sesuatu tamadun dan masyarakat. Sejarah mengajar manusia erti pengorbanan sejarah juga megajar manusia tentang baik dan buruk.





Dinding penjara pudu yang sempat diambil beberapa bulan yang lalu, sewaktu ini aku belom lagi mendengar khabar untuk meruntuhkan bangunan klasik ini.